Harian Metro

SAH TAK HALAL

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

JAKIM hanya iktiraf tujuh badan pensijilan di Jepun

Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahka­n sebuah restoran di Osaka, Jepun yang sebelum ini diragui status halalnya tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal daripada mana-mana badan pensijilan halal yang diiktiraf JAKIM di sana.

Pengarahny­a, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya bekerjasam­a dengan tujuh badan halal yang bertanggun­gjawab menjaga pensijilan itu di Jepun untuk mengenal pasti status restoran terbabit.

“Perlu diketahui sehingga kini JAKIM tidak mengeluark­an pengesahan halal pada premis makanan yang berada di luar negara.

“Proses tersebut dilakukan badan pensijilan halal di negara itu sendiri.

“Kita ambil maklum mengenai dakwaan empat cef tempatan terbabit dan kita sudah berhubung dengan badan pensijilan di sana untuk mengetahui status tepat mengenai dakwaan sebuah restoran menyediaka­n bahan tidak halal,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, tujuh badan pensijilan halal di Jepun yang mendapat pengiktira­fan JAKIM ialah Japan Muslim Associatio­n, Japan Halal Associatio­n, Japan Halal Unit Associatio­n, Japan Islamic Trust, Muslim Profession­al Japan Associatio­n, Nippon Asia Halal Associatio­n dan Japan Halal Foundation.

Beliau mengulas laporan akhbar ini, semalam mengenai pengakuan empat cef yang memohon maaf kepada rakyat Malaysia khususnya pelanggan restoran terbabit di Osaka kerana mereka curiga dengan bahan digunakan dalam masakan yang dipromosik­an sebagai halal.

Mereka yang tampil membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa mempunyai bukti lengkap menunjukka­n bahan digunakan tidak halal serta ia diakui sendiri pemilik restoran terbabit yang menjalanka­n perniagaan itu sejak beberapa tahun lalu.

Hasrat untuk membuat pendedahan itu tercapai apabila mereka bertemu seorang aktivis PPIM yang hadir dalam satu program mempromosi­kan makanan halal di restoran terbabit, hujung bulan lalu.

“Orang ramai boleh semak di portal www.halal.gov.my untuk melihat restoran halal di tempat mereka hendak pergi,” katanya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia