Harian Metro

‘AKU NAK MATI MUDAH’

- Ruwaida Md Zain cnews@nstp.com.my

“Ia kematian yang ‘dicemburui’ kerana Muna ‘pergi’ selepas mengerjaka­n rutin membaca Yasin setiap Jumaat di pejabatnya,” kata Noorianti Zainol Abidin, 45, rakan karib seorang wanita yang meninggal dunia ketika bekerja di sebuah syarikat di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, mangsa, Munatirah Yahaya, 45, yang berkhidmat sebagai Pengurus Komunikasi Korporat dikatakan tiba-tiba pengsan ketika menuju mejanya sebelum disahkan meninggal dunia.

Noorianti berkata, dia terkejut apabila dimaklumka­n mengenai kejadian itu daripada seorang ahli keluarga arwah, jam 11 pagi.

“Sebelum kejadian, Muna melaksanak­an rutin mingguanny­a membaca Yasin di pejabat pada setiap pagi Jumaat.

“Sejurus selesai, arwah kemudian menuju mejanya dan sempat memberitah­u rakan sekerja yang dirinya tidak sihat dan mahu pergi klinik.

“Tidak lama kemudian, dia bagaimanap­un rebah lalu pengsan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

Menurutnya, dia reda dan bersyukur kerana pemergian rakan yang dikenaliny­a sejak 25 tahun lalu itu pada hari baik iaitu Jumaat.

“Arwah disifatkan seorang yang baik hati, tegas dan sentiasa ada ketika diperlukan selain kerap membantu serta bersedekah.

“Dia bukan saja disenangi rakan zaman persekolah­an, malah di universiti dan pejabatnya,” katanya sebak sambil memaklumka­n punca sebenar kematian Allahyarha­m belum diketahui.

Bagi seorang lagi rakan Allahyarha­m, Yusnita Yusof, 45, Munat sering kali berdoa dan memberitah­u hasrat untuk meninggal dunia dalam keadaan baik.

“Muna selalu doa dan sebut ‘aku hendak mati dengan mudah’. Kini, ternyata Allah memakbulka­n keinginann­ya

 Wanita meninggal dunia selepas baca Yasin

itu,” katanya. Allahyarha­m yang masih bujang dan bakal menyambut hari lahir pada 14 Disember ini akan dikebumika­n di kampung keluargany­a di Paroi, Negeri Sembilan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi mengesahka­n kejadian yang diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

 ??  ??
 ??  ?? NOORIANTI (kanan) dan Yusnita yang juga kawan rapat Munatirah.
NOORIANTI (kanan) dan Yusnita yang juga kawan rapat Munatirah.
 ??  ?? M U NAT I R AH
M U NAT I R AH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia