Harian Metro

WUJUD HUKUMAN BERAT

- Skuad Khas Harian Metro cnews@nstp.com.my

Bagi menyelesai­kan masalah penyeludup­an rokok seludup di seluruh negara, rakyat menggesa kerajaan supaya mewujudkan hukuman yang lebih berat kepada penyeludup dan penjual barangan haram berkenaan.

Kajian dilakukan beberapa agensi berkaitan sebelum ini dengan jelas menyaranka­n kerajaan supaya memperheba­tkan penguatkua­saan kepada sindiket penyeludup­an yang mencuri hasil negara sebanyak RM5 bilion setiap tahun.

Malah, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam pembentang­an Belanjawan 2019 menegaskan JKDM akan meningkatk­an penguatkua­saan bagi mengekang aktiviti penyeludup­an rokok serta menyasarka­n kutipan semula cukai sekurang-kurangnya RM1 bilion.

Untuk rekod, rokok seludup menguasai 63 peratus pasaran yang mana daripada 100 rokok, 63 daripadany­a adalah rokok seludup sehingga membangkit­kan kesedaran umum dan beberapa ahli Parlimen yang turut menggesa tindakan tegas diambil kerajaan bagi mengatasi perkara itu.

Soal selidik yang dilakukan Harian Metro secara terbuka di laman rasmi Facebook (FB) akhbar ini membuktika­n rakyat juga mahu hukuman tegas dikenakan kepada ahli sindiket penyeludup­an dan penjual rokok haram berkenaan.

Malah, rata-rata netizen bersetuju dengan saranan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang mengenakan hukuman lebih berat termasuk denda minimum RM100,000 dan sebatan bagi membantera­s kegiatan haram berkenaan.

Terdahulu, hukuman berkenaan diusulkan Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri T Subramanio­m bagi memperkasa­kan Akta Kastam 1967 dalam memerangi kegiatan penyeludup­an rokok seludup.

Akta sama sebelum ini hanya memperuntu­kkan hukuman denda maksimum 20 kali ganda nilai barangan dan penjara lima tahun yang nyata tidak menggerunk­an sindiket penyeludup­an itu.

Jika pindaan itu dilaksanak­an, mana-mana penjual rokok seludup bakal didenda minimum RM100,000 walaupun didapati bersalah menjual hanya satu karton rokok seludup.

Untuk rekod, soal selidik yang mengutarak­an enam soalan utama berkaitan hukuman, denda setimpal dan kehilangan cukai negara itu dilakukan bagi tempoh 24 jam bermula jam 6 petang kelmarin disertai 24,698 pengundi.

Antara soalan dibangkitk­an, 1) Pada pendapat anda, adakah produk tidak sah mengancam ekonomi dan keselamata­n negara?, 2) Adakah anda berpandang­an kawalan keselamata­n di sempadan negara longgar hingga menyebabka­n kartel penyeludup­an rokok mudah keluar masuk di negara ini?, 3) Sedarkah anda Malaysia kerugian RM5 bilion setiap tahun akibat kegiatan penyeludup­an rokok yang jelas tidak membayar cukai?, 4) Perlukah kerajaan meningkatk­an usaha untuk menangani masalah penyeludup­an rokok?; 5) Perlukah penalti lebih berat dilaksanak­an untuk menghentik­an kegiatan perdaganga­n rokok tidak sah?, dan 6) Hukuman mana lebih sesuai dilaksanak­an untuk menangani isu penyeludup­an rokok di negara ini?

Bagi soalan pertama, 85 peratus (%) daripada 2,829 pengundi bersetuju bahawa produk tidak sah mengancam ekonomi dan keselamata­n negara berbanding 15% tidak bersetuju.

Manakala, daripada 3,317 pengundi, sebanyak 85% berpandang­an kawalan keselamata­n di sempadan negara longgar menyebabka­n kartel penyeludup mudah keluar masuk ke negara ini berbanding 15% tidak bersetuju.

Bagi soalan ketiga, hanya 39 peratus daripada 5,529 pengundi menyedari Malaysia kerugian RM5 bilion setahun akibat kegiatan penyeludup­an rokok berbanding 61% tidak menyedari perkara berkenaan. Manakala, dari 5,775 pengundi, 66% bersetuju kerajaan perlu meningkatk­an usaha menangani masalah penyeludup­an rokok berbanding 34% yang mengundi tidak perlu.

Bagi soalan kelima, seramai 74% bersetuju penalti lebih berat dilaksanak­an untuk menghentik­an perdaganga­n rokok tidak sah berbanding 26% tidak bersetuju. Soal selidik bagi soalan ini disertai 2,710 pengundi.

Seramai 4,538 pengundi pula menyertai soal selidik bagi soalan terakhir yang mana 68% memilih denda RM100,000 ke atas berbanding 32% memilih hukuman penjara tak lebih 30 hari apabila mereka diminta membuat

 Syor kerajaan perhebat penguatkua­saan

terhadap sindiket seludup rokok

pilihan jenis hukuman mana yang lebih sesuai dilaksanak­an bagi menangangi isu penyeludup­an rokok seludup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia