Harian Metro

Kereta melekat di belakang lori

-

Seorang pekerja syarikat Telekom Malaysia Bhd (TM) maut selepas kereta dipandunya merempuh belakang lori di Kilometer 310.5, Lebuhraya UtaraSelat­an (PLUS) arah selatan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Ahmad Muhaimin Fathil Suhairi, 33, berasal dari Kuala Lumpur, maut di tempat kejadian selepas parah pada muka dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kampar Superinten­dan Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila kereta mangsa tidak sempat mengelak dan terus melanggar belakang lori.

“Pemandu lori yang menyedari kenderaann­ya dilanggar dari belakang berhenti di bahu jalan dengan kereta mangsa masih melekat di belakang lori.

“Kemalangan menyebabka­n mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati kemalangan membabitka­n kereta Perodua Alza yang merempuh bahagian belakang lori dan terperosok di bawah kenderaan berat terbabit.

“Seorang mangsa didapati tersepit di tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

“Anggota mengeluark­an mangsa yang tersepit dan menyerahka­n mayat itu kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat mengeluark­an mangsa yang tersepit.
ANGGOTA penyelamat mengeluark­an mangsa yang tersepit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia