Harian Metro

PADAH JULUR KAKI

- Fazrik Kamarudin cnews@nstp.com.my

Budak tahan sakit 15 minit gagal keluar

kaki tersepit pada jeriji besi rumah

Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun menahan kesakitan hampir 15 minit apabila kakinya tersepit pada jeriji besi di rumahnya di Bandar Tasik Puteri di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11.40 pagi, keluarga mangsa terpaksa menghubung­i Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi menyelamat­kannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang Yadzli Yahya berkata, panggilan kecemasan diterima daripada ibu mangsa selepas usaha mengeluark­an kaki kanak-kanak terbabit tidak berjaya.

Katanya, kanak-kanak itu menahan kesakitan hampir 15 minit sementara menunggu bantuan anggota bomba.

“Bilik gerakan menerima panggilan kecemasan jam 11.40 pagi sebelum sembilan anggota BBP Batu Arang ke lokasi kejadian.

“Difahamkan, mangsa bermain di jeriji besi itu dengan meletakkan kakinya menembusi jeriji besi berkenaan, tetapi kakinya tersekat

apabila dia mahu bangun,” katanya.

Yadzli berkata, anggota bomba mengambil masa tiga minit dalam operasi menyelamat itu.

“Jeriji besi itu direnggang­kan menggunaka­n alat khas

bagi membolehka­n kaki mangsa dikeluarka­n.

“Kaki kanak-kanak itu dikeluarka­n dan mangsa tidak mengalami kecederaan serius,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba membantu mengeluark­an kaki budak yang tersepit pada jeriji.
ANGGOTA bomba membantu mengeluark­an kaki budak yang tersepit pada jeriji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia