Harian Metro

Cadang pendekkan tempoh siasatan Akta Gangguan Seksual

-

Ada cadangan untuk memendekka­n prosedur operasi standard (SOP) tempoh siasatan Akta Gangguan Seksual bagi memastikan kes jenayah itu dapat diselesaik­an segera.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata, buat masa ini, SOP masa siasatan adalah 21 hari dan ia menyukarka­n mangsa untuk datang ke tempat kerja.

Yeoh berkata, pihaknya akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) dan Kementeria­n Sumber Manusia bagi menggubal semula SOP kod etika dan peraturan atau garis panduan sedia ada. Taiping: Pasangan kekasih dan rakannya yang menubuhkan Geng Kojak dan aktif dalam kegiatan pecah rumah sejak tujuh bulan lalu tumpas menerusi Ops Pintu yang dilancarka­n polis.

Mereka yang berusia 30-an dipercayai melakukan sekurang-kurangnya 15 kes pecah rumah dan dua kes curi motosikal sejak Mei lalu dengan semua barang yang dicuri itu dijual atau dijadikan tukaran dengan pengedar dadah untuk mendapatka­n bekalan dadah bagi kegunaan ketiga-tiganya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping Superinten­dan Razlam Ab Hamid berkata, pasangan kekasih yang tinggal bersama itu ditahan dalam serbuan polis di sebuah rumah di Kampung Sungai Relong, di sini, jam 7.45 malam Isnin lalu.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua telefon bimbit dan tiga pemutar skru yang dipercayai digunakan untuk mencuri kenderaan.

“Siasatan mendapati lelaki itu ada tiga rekod jenayah dan dua rekod berkaitan dadah manakala pasanganny­a tiada rekod jenayah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini, semalam.

Razlam berkata, hasil maklumat lanjut pihaknya menyerbu sebuah bengkel besi di kawasan perumahan awam Jalan Stesyen, Rabu lalu dan menahan seorang lelaki.

Katanya, dalam serbuan itu, polis merampas seutas rantai dan gelang kuning, dua telefon bimbit serta masing-masing sebuah kamera, tab Samsung, kasut jenama Grampian, buku lima dan pedang.

Beliau berkata, siasatan mendapati lelaki itu mempunyai dua rekod jenayah

 ??  ?? RAZLAM (dua dari kiri) menunjukka­n barang rampasan ketika serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungai Relong.
RAZLAM (dua dari kiri) menunjukka­n barang rampasan ketika serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungai Relong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia