Harian Metro

WAYANG TANAM DURIAN

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

Sindiket tipu penanaman Musang King kaut RM3.19 juta

Polis menahan lima lelaki disyaki dalang sindiket penipuan pelaburan penanaman durian Musang King di Sipitang membabitka­n kerugian RM3.197 juta.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, laporan pertama diterima daripada seorang mangsa pada 28 November lalu yang mengatakan ditipu syarikat pelaburan disyaki beroperasi di Melaka.

“Mangsa mengatakan ditipu RM8,400 dengan memasukkan wang pelaburan ke atas satu penama warga tempatan.

“Hasil siasatan mendapati setakat ini, 155 laporan polis diterima berkaitan kes ini,” katanya, semalam.

Menurutnya, empat suspek ditahan di sekitar bandar raya ini manakala seorang suspek ditahan di Gombak, Selangor.

“Sindiket mula beroperasi pada Ogos lalu dan aktif November lalu. Semua mangsa tidak pernah berjumpa atau mengenali penganjur pelaburan ini.

“Taktik sindiket adalah membuat promosi di Facebook, aplikasi WhatsApp dan Telegram. Syarikat ini menawarkan pulangan yang lumayan kepada mangsa.

“Ada empat pakej disediakan untuk mangsa dan mereka yang bersetuju dengan pakej yang disediakan diminta memasukkan wang ke akaun bank diberikan syarikat berkenaan,” katanya.

Omar berkata, kelima-lima suspek berusia 25 hingga 36 tahun kini direman. Seorang daripada suspek dikehendak­i di Semenanjun­g selain mempunyai rekod kesalahan lampau membabitka­n dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia