Harian Metro

121,429 BOLEH JADI SAKSI

- Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@nstp.com.my

Kes gagal lunas bayaran balik GST

Sebanyak 121,429 syarikat dan individu yang menjadi mangsa kegagalan kerajaan lama membuat bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berjumlah RM19.4 bilion boleh menjadi saksi berhubung perkara itu.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, perkara itu bagi menangkis fitnah yang dikatakan dibuat bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa tuntutan RM19.4 juta itu adalah satu penipuan.

Beliau berkata, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan masih berdegil menafikan skandal kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) membuat bayaran balik GST itu dalam tempoh dua minggu seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan/Perintah Akta Cukai Barang dan Perkhidmat­an 2014.

“Kini, beliau cuba menggunaka­n Laporan Ketua Audit Negara mengenai kedudukan bayaran balik GST bagi tempoh hingga 5 Jun 2018 untuk menyatakan audit semakan belum siap dan hanya RM1.4 bilion sahaja yang diluluskan dan dihutang untuk bayaran balik GST.

“Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengeluark­an kenyataan dua hari lalu mengesahka­n semakan audit ke atas permohonan tuntutan pulang balik RM19.47 bilion sudah selesai dilaksanak­an dan jumlah itu diluluskan untuk dibuat bayaran akhir Julai 2018.

“Bagaimanap­un, tiada dana yang cukup dalam Tabung Amanah Bayaran Balik GST untuk membayar tunggakan tuntutan pulang balik ini kerana hanya ada RM148.6 juta atau kekurangan RM19.2 bilion,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Isnin lalu, Najib dalam laman Facebookny­a berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 yang dikeluarka­n pada hari berkenaan menunjukka­n jumlah wang input GST yang belum dibayar balik setakat 5 Jun 2018 adalah RM19.47 bilion, dan jumlah yang diluluskan, tetapi belum dibayar hanya RM1.45 bilion yang boleh disebabkan pelbagai masalah seperti akaun penerima ditutup, dibeku ataupun kurang dari 30 hari.

Najib mempersoal­kan tindakan Guan Eng yang dikatakan tergesa-gesa menjarah wang PETRONAS untuk tahun depan dengan alasan mahu membayar balik tuntutan itu sedangkan laporan audit itu menunjukka­n tuntutan bayaran balik yang mungkin tidak sah atau menunjukka­n percubaan untuk menipu kastam iaitu RM3.9 bilion untuk mereka yang tiada pembekalan bercukai dan RM3.52 bilion yang masih dalam siasatan.

Guan Eng menegaskan beliau membongkar skandal RM19.4 bilion yang tidak dibayar balik dalam dua minggu di Dewan Rakyat pada 9 Ogos lalu dan bukan pada 5 Jun.

“Mengikut Seksyen 54, Akta Cukai Barang dan Perkhidmat­an (2014), semua bayaran GST yang dikutip mesti dibayar terus kepada Tabung Amanah GST untuk membolehka­n bayaran balik GST dibuat.

“Malangnya ini tidak dilakukan kerajaan lama tetapi dibayar terus kepada Akaun Hasil Disatukan, yang menyalahi undang-undang GST,” katanya.

Guan Eng berkata, Akaun Hasil Disatukan hanya mempunyai RM450 juta pada 30 April 2018 dan tidak mencukupi untuk dipindahka­n kepada Tabung Amanah GST bagi membiayai bayaran balik GST yang tertunggak.

Justeru, beliau berkata, kerajaan terpaksa bergantung kepada sumbangan dividen khas Petronas untuk membuat bayaran balik GST yang tertunggak RM19.4 bilion pada 2019.

Berhubung tuntutan bayaran balik tunggakan berjumlah RM0.9 bilion, Guan Eng berkata, JKDM menyatakan bayaran balik adalah kepada dua syarikat milik kerajaan dan tuntutan berpunca daripada pelepasan yang diberikan Kementeria­n Kewangan di bawah peruntukan Seksyen 56(3) Akta Cukai Barang dan Perkhidmat­an 2014 bagi tuntutan cukai input yang sudah dibayar oleh syarikat.

“Saya difahamkan RM187.8 juta sudah dibayar. Tidak ada kehilangan dana kerana kedua-dua syarikat adalah milikan 100 peratus Kerajaan Persekutua­n,” katanya.

 ??  ??
 ?? Lim Guan Eng ?? Kastam sahkan permohonan tuntutan sudah diluluskan”
Lim Guan Eng Kastam sahkan permohonan tuntutan sudah diluluskan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia