Harian Metro

ADEGAN BISING BILIK HOTEL

- Safeek Affendy Razali cnews@nstp.com.my

Ganas melampau! Itu tindakan sepasang kekasih warga Afrika yang ditahan selepas mencederak­an anggota polis dan bomba yang menyerbu bilik hotel didiami.

Suspek sebelum itu dilaporkan membuat gangguan kepada penghuni bilik lain di hotel terletak di Dang Wangi di sini, sekitar jam 6.30 petang semalam.

Susulan itu pihak pengurusan hotel memaklumka­n kepada polis berhubung tindakan seorang penghuni sebuah bilik yang juga lelaki warga Nigeria berusia 23 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah, berkata suspek lelaki dan teman wanitanya berusia 29 tahun dilaporkan melakukan kekecohan dengan membuat bising sehingga mengganggu penghuni lain.

“Pada mulanya sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) dikerah ke lokasi hotel berkenaan bagi melakukan pemeriksaa­n ke atas bilik didiami warga Afrika terbabit.

“Suspek lelaki dilaporkan bertindak agresif dengan cuba terjun melalui tingkap bilik apabila polis tiba sehingga kami terpaksa mendapatka­n bantuan bomba,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, ketika anggota bomba bersama polis masuk ke dalam bilik bagi menghalang­nya terjun, suspek lelaki membaling objek kaca sehingga mengakibat­kan anggota bomba cedera pada dahi.

“Ketika cuba menahannya, berlaku pergelutan menyebabka­n dua anggota polis cedera akibat ditumbuk dan dipukul suspek.

“Pemeriksaa­n ke atas pasport pasangan terbabit mendapati kedua-dua mereka tinggal melebihi masa dibenarkan,” katanya.

Hasil ujian air kencing yang dijalankan juga mendapati mereka tidak berada di bawah pengaruh dadah namun siasatan lanjut masih dilakukan.

Shaharudin berkata suspek direman 14 hari atas kesalahan tinggal melebihi masa serta disiasat mengikut Seksyen

324 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan, Seksyen 353 kanun yang sama kerana melakukan kekerasan terhadap penjawat awam Seksyen kerana benda.

Anggota bomba dan polis yang mengalami kecederaan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. serta

427 merosakkan

harta

 Lelaki warga Afrika cedera anggota polis, bomba

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia