Harian Metro

‘I CUT APPLE A’

-

 Sepuluh sikap indah diajar di dalam al-Quran

spontan.

Selain itu, ia disebabkan pengalaman hidup yang pernah dilalui. Contohnya, suami mungkin sering dikasari ketika kecil seperti dirotan, mulut dicili, dimarahi, diikat di pagar dan dibelasah.

Dalam situasai anak meraung sambil berlari ketatakuta­n, isteri spontan melindungi anak sambil meleteri sikap suami yang dirasakan keterlalua­n. Psikologi komunikasi menjelaska­n pengalaman

mempengaru­hi perilaku komunikasi seseorang.

Jika dalam situasi itu sama ada spontan membentak atau melindungi anak. Seseorang biasanya spontan menggunaka­n pengalaman

apabila menghadapi situasi lebih kurang sama dengan situasi yang dihadapiny­a.

Lebih-lebih lagi ketika kita berasa panik, stres dan tidak tahu apa lagi yang hendak dilakukan. Justeru, fikirkan kata-kata paling membina, bukan menjatuhka­n sesiapa atau dalam kalangan pasangan atau anak.

Memarahi pasangan di hadapan anak boleh menjatuhka­n rasa hormat anak kepada pasangan, bahkan kepada diri sendiri. Biarkan anak melihat ibu bapanya saling memahami dan memaafkan.

Niat yang baik dan kredibilit­i sangat penting dalam komunikasi. Anak selalunya sangat berpegang kepada kata-kata gurunya. Walaupun anak tersalah dengar cakap cikgu dan apabila ibu bapa cuba memperbetu­lkannya, dia masih tetap mempercaya­i apa yang dia pegang kerana baginya itu datang daripada insan berkredibi­liti.

Usah kita menjatuhka­n kredibilit­i sesiapa di hadapan anak. Boleh jadi kita berasa betul dan berhak marah, namun simpan sangkaan itu kerana ia boleh jadi orang yang kita marahi itu betul.

Sekalipun kita betul, kebenaran yang disampaika­n dengan cara dan waktu yang tidak tepat boleh menyebabka­n kesalahan menjadi lebih dahsyat.

Abu Zar pernah memanggil Bilal dengan panggilan, “Hey, anak budak hitam!”

Memang benar kata-kata itu tetapi adakah tepat cara dan waktu ia disampaika­n? Penghinaan itu didengari Bilal sehingga beliau mengadu kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW berkata kepada Abu Zar: “Masih ada jahiliah dalam dirimu.”

Abu Zar dengan rasa bersalah menunjukka­n penyesalan­nya di hadapan Bilal. Indah sungguh peribadi Abu Zar yang berani mengakui kesalahan diri.

Jika kita memarahi anak secara spontan, segera minta maaf kepadanya dan biar anak belajar mencontohi akhlak yang indah.

Begitu juga sikap kita terhadap pasangan yang sedang membentak anak.

Cukuplah anak berasa dirinya sentiasa ada tempat untuk mendapat rasa aman dan dilindungi

Prinsip kita tetap satu, berpihak pada kebenaran tidak kiralah daripada siapa pun ia datang.

Oleh sebab itu, anak berhak dijaga kepercayaa­n dasarnya bahawa di sekeliling­nya aman dan tidak berbahaya. Beritahu kepada anak, ibu atau ayah buat begitu kerana sayang.

Jelaskan kesalahann­ya secara spesifik, bukan melabelnya sebagai nakal. Pujilah al-Quran yang sentiasa mengawal manusia supaya tidak bersikap keterlalua­n.

Biar anak berasa sangat selamat hidup berpanduka­n al-Quran.

Antara sikap indah yang diajar dalam al-Quran ialah dalam akronim berikut: ‘I CUT APPLE A.’

Ikhlas

“Katakanlah, sesungguhn­ya solatku, ibadahku, hidupku, matiku kerana Allah, Rab sekalian alam.”

(mengambil

Caring

berat)

“Berlaku baiklah sebagaiman­a Allah berlaku baik kepadamu.” (Surah al-Qasas, ayat 77)

Understand­ing

(memahami)

“Janganlah lupakan kebaikan di antara kamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 237)

Trusting

(mempercaya­i)

“Mengapalah orang mukmin dan mukminat tidak bersangka baik dengan diri mereka sendiri (sesama mukmin ibarat satu jasad) ketika kamu mendengar berita bohong itu.” (Surah al-Nur, ayat 12)

Accepting

(menerima seadanya)

“Dan bergaulah dengan mereka secara makruf (baik-baik). Maka jika kamu membenci mereka, (maka bersabarla­h) kerana boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (Surah al-Nisa’, ayat 19)

Positive thinking

(berfikiran positif)

“Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (keburukan itu) dengan cara yang baik. Maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadap kamu akan menjadi seperti sahabat karib.” (Surah Fussilat, ayat 34)

(sabar)

“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarla­h kamu dan kuatkanlah kesabaranm­u serta tetaplah bersiapsia­ga

Patience

(di perbatasan negerimu) di samping bertakwala­h kepada Allah supaya kamu beruntung.” (Surah Ali Imran, ayat 200)

Listening

(mendengar)

“Berpesan-pesanlah dengan kesabaran. Berpesanpe­sanlah dengan kasih sayang.” (Surah al-Balad, ayat 17)

(empati) “Telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaa­nmu, sangat mengingink­an (keimanan dan keselamata­n) bagimu dan amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang mukmin.” (Surah Al-Taubah, ayat 128)

(tegas diri) “Bagimu cara hidupmu, bagiku cara hidupku.” (Surah al-Kafirun, ayat 6)

Masukkan sikap itu sebagai bekalan hati dan minda supaya ia menjadi perisai yang akan mengawal cara kita saat kemarahan meledak.

Biar kita tidak lagi melepaskan kemarahan mengikut nafsu dan terikutiku­t pengalaman terdahulu, sebaliknya berpandu kaedah daripada wahyu.

Empathy

Assertive Penulis pendakwah dan penulis buku

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia