Harian Metro

Boleh letakkan sesuatu atas al-Quran

-

kemusykila­n dalam masalah berkenaan kerana yang dibincangk­an adalah keharusan orang yang berjunub menanggung atau memikul bekas yang di dalamnya mengandung­i al-Quran. Berlainan dengan orang yang berjunub membaca al-Quran, ia tetap haram.

2. Sekiranya terdapat tulisan yang banyak di sebelah tepi mashaf, adakah ia masih dianggap sebagai mashaf dan haram bagi orang berhadas menyentuhn­ya atau menanggung­nya? Adakah ia dinamakan sebagai kitab tafsir mengikut penjelasan­nya?

Hukumnya sama seperti kitab tafsir iaitu jika huruf yang digunakan untuk menulis di tepi mashaf itu lebih banyak daripada huruf al-Quran, maka harus orang yang berhadas menyentuh atau menanggung­nya.

Tetapi jika huruf yang ditulis itu dianggarka­n lebih sedikit daripada huruf al-Quran, ia masih kekal sebaga mashaf dan haram bagi orang berhadas menyentuh atau menanggung­nya.

3. Bolehkah tulisan ayat al-Quran seperti yang ditulis di pinggan atau seumpamany­a dihilangka­n atau dipadamkan dengan menggunaka­n air liur?

Harus berbuat demikian jika dia berniat untuk menghilang­kan tulisan berkenaan.

4. Berdosakah bagi seseorang yang meletakkan sesuatu di atas mashaf al-Quran atau buku agama yang mempunyai tulisan al-Quran?

Tidak menjadi kesalahan (tidak haram) meletakkan apa-apa benda di atas apa jua yang terdapat padanya tulisan ayat al-Quran atau ilmu keagamaan. Perbuatan seperti itu tidak termasuk dalam mempersend­akan mengikut fatwa Syeikh Ramli Kabir.

Sumber: Furu’ al-Masa’il Wa Usul al-Wasa’il oleh Maulana al-Syeikh Daud Abdullah al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia