Harian Metro

BOMBA BANTU ADIB KAHWIN

- Nur Aqidah Azizi cnews@nstp.com.my

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan membantu keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, anggota bomba yang parah dipukul dalam insiden di depan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor, membuat persiapan perkahwina­nnya yang dijangka diadakan hujung bulan ini.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, pihaknya bersedia menyalurka­n apa saja bantuan diperlukan keluarga Muhammad Adib bagi melancarka­n majlis itu.

“JBPM akan berhubung dengan keluarga mangsa untuk mengenal pasti jenis bantuan diperlukan. Kami akan membantu sedaya upaya untuk meringanka­n beban keluarga supaya majlis itu dapat dijayakan dengan lancar,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Bicara Tokoh

di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini, semalam.

Hadir sama Naib Canselor USIM dan Penolong Kanan Pesuruhjay­a Bomba Kehormat, Profesor Datuk Dr Musa Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JBPM, Datuk Amer Yusof dan Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Norazam Khamis.

Muhammad Adib yang berasal dari Kedah dijadualka­n berkahwin pada 21 Disember ini bersama pasanganny­a, Nurul Najihah Mohd Radzi, 25.

Ditanya sama ada tarikh perkahwina­n itu mungkin ditunda berikutan keadaan Muhammad Adib yang masih kritikal dan menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Mohamad Hamdan berkata pihaknya akan merujuk perkara itu kepada keluarga mangsa.

“Sekiranya pihak keluarga masih mahu meneruskan majlis perkahwina­n itu pada tarikh yang sudah ditetapkan, kami akan memberikan bantuan diperlukan.

“Kami akan sentiasa memastikan kebajikan anggota dijaga,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Hamdan berkata, Muhammad Adib sudah menunjukka­n perkembang­an positif selepas menukar sistem sokongan kepada mesin Extracorpo­real Membrane Oxygenatio­n (ECMO) yang membantu fungsi paru-paru, pada Ahad lalu. “Beliau masih tidak boleh memberi reaksi verbal disebabkan mulutnya masih dipenuhi dengan tiub. Bagaimanap­un, Muhammad Adib sudah boleh memberikan isyarat tangan tanda memahami arahan diberikan dan memberi reaksi yang lain ketika diminta berbuat demikian dan kami yakin, dengan bantuan pasukan perubatan dan doa daripada

Majlis dijangka berlangsun­g

hujung bulan ini

semua, beliau akan kembali pulih walaupun berkemungk­inan mengambil sedikit masa,” katanya.

Mohamad Hamdan berkata, pihaknya memanggil lapan anggota bomba yang terbabit dalam kejadian itu dalam satu sesi pertemuan diadakan minggu lalu.

“Ada antara mereka yang masih trauma dengan kejadian itu, terutama anggota yang memandu kenderaan Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS). Mereka masih menunjukka­n tanda-tanda trauma dan kami akan berterusan membantu memberikan kaunseling kepada anggota terbabit.

“Kami akan menilai keadaan mereka dari semasa ke semasa. Sekiranya mereka menunjukka­n tanda trauma berterusan, mereka berkemungk­inan akan diberikan pelepasan tugasan dan bercuti walaupun cuti anggota bomba di seluruh negara dibekukan pada masa ini bagi persediaan banjir,” katanya.

 ?? FOTO: IQMAL HAQI M ROSMAN ?? MOHAMAD Hamdan bersama Dr Musa (tiga dari kiri) pada program Bicara Tokoh di USIM, semalam.
ADIB
FOTO: IQMAL HAQI M ROSMAN MOHAMAD Hamdan bersama Dr Musa (tiga dari kiri) pada program Bicara Tokoh di USIM, semalam. ADIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia