Harian Metro

LPG KANDANG LEMBU

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin cnews@nstp.com.my

Jadikan lokasi kandang lembu di kawasan pedalaman Kampung Pulau Meranti, Puchong, Selangor sebagai ‘markas sulit’ menjalanka­n aktiviti memindahka­n gas petroleum cecair (LPG) subsidi secara haram.

Sindiket dikesan menggunaka­n kaedah ‘ais dan haba’ untuk memindahka­n gas dari tong LPG subsidi ke dalam tong LPG industri.

Sindiket didapati menyiram air panas pada tong LPG subsidi bagi membolehka­n gas di dalamnya mengalir keluar ke tong LPG industri berkapasit­i 50 kilogram.

Kegiatan itu bagaimanap­un dibongkar susulan operasi Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya dan Selangor membentera­s penyelewen­gan gas LPG subsidi secara haram di lokasi itu jam 4 petang semalam.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa KPDNHEP Negeri, Azman Adam berkata, sepasukan pegawai penguatkua­sa KPDNHEP Sepang diketuai Mohd Khairy Arahman bersama anggota menyerbu lokasi berkenaan berdasarka­n intipan dilakukan

KPDNHEP tumpas sindiket seleweng gas petroleum subsidi

sejak dua minggu lalu.

Menurutnya, seorang lelaki berusia 30-an ditahan ketika didapati menjalanka­n kegiatan pemindahan gas LPG subsidi dalam tong gas industri.

“Sebanyak 117 tong LPG berkapasit­i 14 kilogram (kg) dan 34 tong LPG industri berkapasit­i 50kg ditemui dan dirampas dari dalam premis itu.

“Sindiket menggunaka­n taktik meletakkan ketulan air pada tong LPG kosong manakala tong LPG penuh disiram dengan air panas bagi membolehka­n gas dipindahka­n ke tong LPG kosongh berkenaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia