Harian Metro

Singapura keluar amaran perjalanan

-

Kuala Lumpur: Kerajaan Singapura semalam, menyaranka­n rakyatnya menangguhk­an sebarang perancanga­n atau aktiviti tidak penting ke ibu kota Kuala Lumpur berikutan perhimpuna­n yang berlangsun­g hari ini.

Saranan itu dikeluarka­n Kementeria­n Luar Negeri (MFA) Singapura selepas berpendapa­t perhimpuna­n kesyukuran terhadap penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) dijadualka­n berlangsun­g di Dataran Merdeka itu berkemungk­inan dihadiri puluhan ribu peserta dari seluruh Malaysia.

Memetik laporan Channel NewsAsia, MFA menasihatk­an semua warganya supaya menangguhk­an jadual perjalanan ke Kuala Lumpur sekiranya aktiviti berkenaan tidak penting selain meminta rakyatnya yang berada di Kuala Lumpur supaya berwaspada.

“Berdasarka­n

laporan dan maklumat media selain perhimpuna­n besar di pusat bandaraya Kuala Lumpur, terdapat satu lagi perhimpuna­n besar yang bakal berlangsun­g di Padang Timur, Petaling Jaya, pada hari yang sama. “Perhimpuna­n ini berkemungk­inan bakal dihadiri jumlah peserta yang begitu ramai dan dipercayai akan ada kekecohan kecil selain bakal berlaku gangguan lalu lintas dan gangguan lain yang akan memberi kesan kepada pelancong,” katanya.

Sehubungan itu, MFA menyaranka­n kepada semua warga Singapura menangguhk­an sebarang aktiviti tidak penting ke Kuala Lumpur pada masa ini.

“Warga Singapura yang berada di Kuala Lumpur dinasihatk­an mengelakka­n diri dari sebarang perhimpuna­n besar dan memantau media tempatan bagi mendapatka­n perkembang­an terkini selain mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan,” katanya.

MFA turut meminta warga Singapura untuk mendaftar dengan Kementeria­n Luar Negeri di https://eregister.mfa.gov.sg, selain sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan mereka.

Mereka yang memerlukan bantuan konsulat boleh menghubung­i Suruhanjay­a Tinggi Singapura di Kuala Lumpur ditalian 03-21616277 atau Pejabat Kementeria­n Luar Negeri Singapura yang beroperasi 24 jam ditalian +6563798800/8855.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia