Harian Metro

BURU TIGA SUSPEK

- Muhamaad Razis Ismail razis@nstp.com.my

Polis kesan lelaki termasuk dua beradik bantu siasatan kes bunuh belakang rumah

Polis mengesan tiga lelaki termasuk dua beradik untuk membantu siasatan kes bunuh membabitka­n seorang lelaki di Kampung Baru Alor Pasir, Bukit Tuku di sini, Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, suspek dikenali sebagai Noor Azlan Ismail, 31, abangnya, Effendy Ismail, 35, dan Mohammad Faiz Abd Ghani, 26.

“Setakat ini kita menahan seorang suspek berusia 23 tahun yang juga adik kepada Noor Azlan dan Effendy selepas terbabit dalam kejadian pecah bengkel motosikal di Tok Uban bulan lalu.

“Kini, kita berusaha mengesan tiga lagi suspek selepas siasatan mendapati mereka terbabit dalam pergaduhan sebelum mangsa ditemui mati di belakang rumah,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, mayat lelaki ditemui dengan kesan tetakan di kepala dan muka selain beberapa anggota badan lain di belakang rumah di Kampung Baru Alor Pasir, Bukit Tuku. Dalam pada itu, Abdullah berkata, polis turut mengesan lelaki dikenali sebagai Saw Kim San, 32 untuk siasatan kes bunuh lelaki berusia 33 tahun di premis makanan segera di Gual Tinggi di sini, Ogos tahun lalu.

“Suspek dipercayai menikam mangsa dengan pisau sebelum melarikan diri dan sehingga kini, suspek belum dapat dikesan,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua kes disiasat mengikut 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kita percaya empat lelaki ini masih berada di negara ini kerana tiada rekod pergerakan ke luar negara.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu ini boleh menyalurka­nnya ke balai polis berhampira­n,” katanya.

 ??  ?? ABDULLAH Mohammad (tengah) menunjukka­n gambar suspek yang diburu.
ABDULLAH Mohammad (tengah) menunjukka­n gambar suspek yang diburu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia