Harian Metro

TERLAMPAU DEKAT

- Mohd Fahmi Mohd Yusof mohdfahmi@nstp.com.my

Nelayan tempatan didakwa ‘langkau’ sempadan perairan Malaysia-Singapura kena tahan

Pihak berkuasa Singapura didakwa sering menunda dan menahan bot nelayan tempatan terutama di perairan selatan Johor dengan alasan berada di perairan republik itu.

Pengerusi Komuniti Nelayan Kampung Sungai Melayu, Pandak Ahmad berkata, dalam kejadian terbaru bulan lalu, bot dinaiki adiknya ditahan pihak berkuasa Singapura sedangkan mereka masih berada di dalam perairan Malaysia.

Katanya, insiden berkenaan menjejaska­n aktiviti nelayan yang mencari rezeki berikutan punca pencarian seperti ikan dan udang tertumpu berhampira­n sempadan perairan Singapura.

“Memang ada nelayan kita, adik saya sendiri botnya ditahan dan ditarik pihak berkuasa Singapura dalam kejadian bulan lalu sedangkan kita tidak lari (masih berada) dalam sempadan perairan kita, tetapi dia tetap dikacau.

“Nelayan kita sedia maklum dan tahu sempadan perairan, tetapi perkara itu masih berlaku. Mereka bukan tidak kenal nelayan sebab mereka ke laut membawa kad nelayan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Pandak berkata, beliau berharap kerajaan dapat menyelesai­kan perkara ini segera supaya tidak timbul sebarang masalah lebih serius pada masa akan datang.

“Sempadan perairan Malaysia-Singapura sangat dekat, biar ada toleransi sikit.

“Mereka (nelayan) perlu cari makan sebab ikan dan udang banyak ke arah sempadan Singapura,” katanya.

Singapura kelmarin meminta Malaysia hentikan penceroboh­an terhadap wilayah laut republik itu bagi mengelak ketegangan yang semakin memuncak antara kedua-dua negara.

Dalam laporan agensi berita republik itu, Menteri Luarnya, Vivian Balakrishn­an ketika menghubung­i rakan sejawatan di Malaysia, Saifuddin Abdullah mengutarak­an isu berkenaan termasuk soal pengurusan ruang udara.

Katanya, beliau menekankan terdapat ‘keperluan mendesak’ bagi Malaysia ‘menghentik­an penceroboh­an’ berkenaan.

 ?? Pandak Ahmad ?? Nelayan kita sememangny­a sedia maklum dan tahu sempadan perairan, tetapi perkara ini masih berlaku. Mereka bukan tidak kenal nelayan sebab mereka ke laut membawa kad nelayan”
Pandak Ahmad Nelayan kita sememangny­a sedia maklum dan tahu sempadan perairan, tetapi perkara ini masih berlaku. Mereka bukan tidak kenal nelayan sebab mereka ke laut membawa kad nelayan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia