Harian Metro

‘Ada cubaan lobi ganti MB’

-

Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahka­n istana sedar ada pihak cuba melobi seorang Exco kerajaan negeri dalam cubaan untuk menggantik­an Menteri Besar, Datuk Osman Sapian.

TMJ dalam akaun Twitternya berkata: “Anda bukan seorang Perdana Menteri. Apa yang membuatkan anda berfikir dengan cuba melobi seseorang menjadi Menteri Besar yang boleh menjadi boneka anda, anda boleh mengawal Johor?

“Anda melobi salah seorang Exco kami menjadi Menteri Besar. Kami tahu itu. Ini bukan lagi 1992. Negeri Johor masih ada Sultan yang memerintah,” katanya.

Beliau bagaimanap­un tidak mengulas lanjut.

Kestabilan politik Johor dilihat mula diuji apabila satu salinan Warta Kerajaan Johor berhubung pembatalan perizaban Pulau Kukup sebagai Taman Negara tersebar, Selasa lalu.

Warta Kerajaan Johor bertarikh 24 September itu memaparkan pembatalan keseluruha­n kawasan yang diisytihar­kan sebagai kawasan Taman Negara Pulau Kukup berdasarka­n kuasa diberi mengikut Subseksyen 3(3) Enakmen Perbadanan Tamab Negara (Johor) 1989.

Bagaimanap­un, pada Sidang DUN kelmarin, kerajaan Pakatan Harapan (PH) membawa usul tergempar untuk Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Johor mengkaji semula status Taman Negara Pulau Kukup.

Usul berkenaan diluluskan

Speaker DUN Suhaizan Kaiat selepas dibahaskan dan mendapat sokongan majoriti ADUN.

Pada masa sama, Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk A Kadir Jasin dalam blognya mendesak Osman menjelaska­n pertukaran status Pulau Kukup dan jika gagal berbuat demikian lebih baik beliau meletak jawatan.

A Kadir berkata, isu pengambila­n tanah negeri oleh Istana Johor kerana pernah disuarakan sebelum ini tetapi Osman menegaskan itu tidak berlaku.

 ??  ?? TUNKU Ismail
TUNKU Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia