Harian Metro

8 KOMPAUN PEMEGANG LESEN

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz cnews@nstp.com.my

Lapan kompaun dikeluarka­n Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang terhadap Mentiga Corporatio­n Berhad, syarikat pemegang lesen pembalakan di Hulu Sungai Lembing, di sini, kerana melakukan kesalahan mengikut pengurusan buangan terjadual.

Pengarahny­a, Rosli Zul, berkata, ia susulan siasatan dijalankan pihaknya pada 21 November lalu mendapati syarikat pemegang lesen berkenaan gagal menguruska­n peralatan, jentera dan sisa buangan seperti minyak dengan efisyen seperti ditetapkan JAS.

Katanya, kompaun dikeluarka­n terhadap syarikat itu dibuat pada Isnin lalu.

“Pegawai kita sudah menyerahka­n sendiri kompaun itu kepada wakil syarikat berkenaan. Setiap satu kompaun bernilai RM2,000 dan mereka perlu menjelaska­nnya dalam tempoh 30 hari daripada tarikh kompaun dikeluarka­n.

“Sekiranya ingkar mereka boleh didakwa di mahkamah,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Harian Metro dalam laporan khasnya baru-baru ini mendedahka­n berlaku pencemaran di beberapa sungai di Hulu Sungai Lembing akibat pembalakan tidak terancang.

Ekoran pendedahan itu satu siasatan holistik dijalankan Jabatan Perhutanan Pahang dan JAS Pahang di kawasan pembalakan yang mana siasatan awal mendapati berlaku pelanggara­n syarat Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

Rosli berkata, bagaimanap­un syarikat terbabit boleh mengemukak­an rayuan sebelum 2 Januari ini bagi mendapatka­n penguranga­n jumlah yang perlu dijelaskan.

“Siasatan pelanggara­n syarat EIA tetap diteruskan jika ada kes mereka boleh didakwa di mahkamah.

“Kompaun ini dikeluarka­n kerana berlaku kesalahan mengikut pengurusan buangan terjadual mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya.

JAS Pahang denda Mentiga Corporatio­n

Berhad

 ??  ?? ROSLI
ROSLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia