Harian Metro

BALA ‘SEJUK BADAN’

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@nstp.com.my

Tindakan seorang lelaki terjun sungai untuk menyejukka­n badan selepas meminum minuman keras membawa padah apabila ditemui lemas dalam kejadian di Kampung Baru Cina, Ulu Tiram di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa berusia 36 tahun dari Ulu Tiram ditemui pasukan penyelamat satu kilometer dari lokasi mangsa terjun ke sungai.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superinten­dan Norazam Shaari berkata, sebelum kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas minum minuman keras di sebuah restoran di kampung itu.

“Mangsa memberitah­u rakannya dia mahu mandi di sungai berhampira­n sebelum pulang ke rumah.

“Rakan mangsa mengesahka­n mangsa terjun ke dalam sungai dan tenggelam timbul serta dibawa arus deras sebelum hilang daripada pandangan,” katanya dalam kenyataan, semalam. Norazam berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarka­n dengan bantuan bomba serta sukarelawa­n Felda Tebrau dengan menjejaki sepanjang sungai Kampung Muhibbah,

 Lelaki lemas terjun sungai di Kampung Baru

Cina selepas minum minuman keras

Ulu Tiram.

Menurutnya, mangsa kemudian ditemui satu kilometer dari tempat kejadian dan disahkan meninggal dunia sebelum mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa lemas dan siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah,” katanya yang mengklasif­ikasi kes sebagai mati mengejut.

 ??  ?? LELAKI yang ditemui lemas di sungai di Kampung Baru Cina.
LELAKI yang ditemui lemas di sungai di Kampung Baru Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia