Harian Metro

Unjur pikat 30,000 pengunjung ke Perfect Livin’18

-

Shah Alam: i.Star Ideas Factory Sdn Bhd (i.Star), penganjur pameran kediaman dan gaya hidup terkemuka Perfect Livin’18 menjangkak­an edisi terakhir bagi acara itu pada tahun ini mampu menarik 20,000 hingga 30,000 pengunjung sepanjang tiga hari bermula semalam hingga 9 Disember ini.

Pengarahny­a Jason Yap berkata, syarikat yakin mampu menarik jumlah kunjungan terbabit memandangk­an acara itu tepat diadakan pada masanya iaitu sempena musim cuti persekolah­an, sambutan Krismas dan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

“Orang ramai diseru supaya datang ke acara ini kerana pemamer akan memberikan pelbagai tawaran menarik berikutan ada dalam kalangan mereka mengadakan jualan penghabisa­n stok atau jualan akhir tahun pada kali ini,” katanya pada sidang media Perfect Livin’18 di sini, semalam.

Beliau berkata, syarikat juga menyasarka­n jualan antara RM10 juta hingga RM15 juta bagi edisi terakhir itu dan menjangkak­an ia mampu dicapai melalui pelbagai tawaran menarik daripada 250 ruang pameran yang disertai kira-kira 100 pemamer.

“Kami melihat sasaran ini sebagai munasabah berikutan kebanyakan pemamer masih menawarkan harga yang menarik kepada pengunjung kerana mereka mengambil pendekatan untuk menyerap Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang dikenakan atau menurunkan harga produk masing-masing,” katanya.

Perfect Livin’18 menawarkan pelbagai hadiah melalui aktiviti seperti Happy Hour Deals yang menyaksika­n pengunjung berpeluang membeli barangan pada harga rendah pada setiap jam apabila berbelanja minimum RM500 di acara terbabit.

Selain itu, pengunjung berpeluang memenangi hadiah selamat datang berupa botol minuman aluminium bagi 500 individu terawal setiap hari, aktiviti daftar dan menang yang menawarkan langganan setahun Celcom Home Wireless bernilai RM1,800 dan aktiviti beli dan menang (Dapur Digital Nano Sugawa bernilai RM3,898).

Mereka yang berbelanja RM500 dan ke atas juga berpeluang menebus hadiah menarik daripada siri barangan berjenama serta baucar tunai bernilai lebih RM100,000.

Perfect Livin’18 sedang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Shah Alam dan dibuka kepada orang ramai bermula jam 11 pagi hingga 9 malam.

 ??  ?? JASON di pintu hadapan pameran Perfect Livin’18 yang berlangsun­g bermula semalam hingga 9 Disember ini di Pusat Konvensyen Setia City.
JASON di pintu hadapan pameran Perfect Livin’18 yang berlangsun­g bermula semalam hingga 9 Disember ini di Pusat Konvensyen Setia City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia