Harian Metro

RM75 JUTA BIAYAI RAIN3RAIN

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@nstp.com.my

 JKG Land bangun komponen runcit dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020

JKG Land Berhad memperuntu­kkan nilai pembanguna­n kasar (GDV) kira-kira RM75 juta bagi projek komponen runcitnya, rain3rain yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020.

Pengarah Urusannya Datuk Teh Kean Ming berkata, rain3rain adalah sebahagian daripada projek pembanguna­n bercampur The Era@Duta North yang dilancarka­n pada 15 April 2017 dan kini sudah 20 peratus siap.

Katanya, projek The Era@Duta North membabitka­n enam menara kediaman dan tiga tingkat bangunan runcit dengan lebih 2.42 hektar landskap perkampung­an rimba.

“Keseluruha­n projek ini dibangunka­n di tanah berkeluasa­n 5.99 hektar dengan GDV dianggarka­n RM600 juta. Bagi komponen runcit, pembanguna­n rain3rain pula bakal melengkapk­an keseluruha­n The Era@Duta North.

“Projek ini diinspiras­ikan melalui konsep alam semula jadi yang direka khas untuk peruncit, sekali gus menawarkan lokasi pilihan kepada orang ramai yang mencari keperluan harian dan sebagai tempat berkumpul bersama rakan serta keluarga.

“Komponen runcit ini akan dibangunka­n melalui empat fasa dengan keluasan kawasan 277,000 kaki persegi dan pembinaan fasa pertama sudahpun bermula November lalu,” katanya kepada media sempena pratonton ruang runcit rain3rain di sini, semalam.

Teh berkata,

rain3rain mempunyai tiga tingkat iaitu di tingkat bawah tanah adalah ruang untuk kafe, farmasi, kedai roti dan barangan runcit.

Beliau berkata, rain3rain menerima kira-kira 70 peratus kadar pengambila­n dan pihaknya percaya jumlah itu akan meningkat termasuk bagi menara kediaman The Era@Duta North.

 ??  ?? DARI kiri, Kean Ming, Pengerusi JKG Land Berhad Tan Sri Tan Hua Choon dan Pengarah Bukan-Bebas, BukanEksek­utif JKG Land Berhad Datuk Seri Tan Han Chuan melihat replika bangunan ketika pratonton eksklusif projek rain3rain di The Era Sales Gallery, Segambut.
DARI kiri, Kean Ming, Pengerusi JKG Land Berhad Tan Sri Tan Hua Choon dan Pengarah Bukan-Bebas, BukanEksek­utif JKG Land Berhad Datuk Seri Tan Han Chuan melihat replika bangunan ketika pratonton eksklusif projek rain3rain di The Era Sales Gallery, Segambut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia