Harian Metro

Projek MRT berkos tinggi

-

Tindakan kerajaan terdahulu mengetepik­an rekaan alternatif bagi mengurangk­an kos pembinaan transit aliran massa (MRT) sebelum ini menyebabka­n kos keseluruha­n projek itu menjadi tinggi.

Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Bhd, Datuk Lin Yun Ling berkata, bagaimanap­un, sebagai rakan pelaksana projek (PDP), syarikat itu perlu melaksana dan menyelesai­kan projek itu sebagaiman­a permintaan pentadbira­n sebelum ini.

Beliau berkata, pihaknya bersetuju dengan kritikan serta komen ia terlalu besar dan mewah, namun tanggungja­wab syarikat adalah untuk mengendali­kan projek terbabit yang saiz dan bilangan stesen diputuskan oleh kerajaan.

“Kami juga bersetuju dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang berkata kos bagi projek MRT terlalu besar untuk projek yang hanya akan mencapai penumpang penuh selepas 20 hingga 30 tahun.

“Malah, ketika proses tender untuk kerja bawah tanah, kami pernah mencadangk­an rekaan alternatif. Bagaimanap­un, cadangan itu tidak diterima,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Kumpulan Gamuda ke-42 di sini.

Mengulas lanjut, Yun Lin berkata, transit aliran ringan (LRT) Putra juga mengambil masa sehingga 20 tahun untuk mencapai kadar penumpang sehingga 250,000 setiap hari berbanding 50,000 penumpang pada tahun pertama ia beroperasi.

“Bagi MRT pula, ia mencapai 130,000 penumpang setiap hari yang memerlukan pelbagai usaha untuk meningkatk­an jumlahnya,” katanya.

Jajaran pertama yang dilaksanak­an untuk projek MRT Lembah

Klang adalah jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang dengan jarak 51 kilometer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia