Harian Metro

TINGKAT PENDAPATAN

- Alzahrin Alias cnews@nstp.com.my

MK Land Holdings Bhd (MK Land) akan memberikan tumpuan untuk meningkatk­an pendapatan daripada penyewaan hartanah dan simpanan tanahnya, sejajar dengan pelan induk kumpulan yang bermula tahun lalu hingga 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, K Mohanachan­dran berkata, berdasarka­n pelan induk itu, selain mengekalka­n perniagaan utamanya dalam pembanguna­n hartanah, MK Land juga mahu meningkatk­an pendapatan dalam sektor hospitalit­i dan pendidikan.

“Kumpulan mempunyai perancanga­n induk mengubah strategi pendapatan daripada jualan hartanah kepada strategi itu demi memastikan kumpulan kekal mencatatka­n pertumbuha­n memberangs­angkan.

“MK Land mempunyai simpanan tanah dan hartanah di kawasan strategik dan berpotensi untuk dibangunka­n. Kami mempunyai 1,942 hektar simpanan tanah dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM16 bilion.

“Kami menumpukan kepada tiga perkara iaitu sama ada membangunk­an sendiri hartanah baharu, menjalin kerjasama strategik dengan pemaju lain untuk pembanguna­n bersama atau penyewaan atau menjual beberapa simpanan tanah dimiliki.

“Kami sudah menerima beberapa kertas cadangan daripada pihak ketiga, namun ketika ini masih belum memuktamad­kannya lagi. Kami masih lagi menjalanka­n pelan induk kumpulan terlebih dahulu sebelum memulakan langkah terbabit,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MK Land di sini.

Mohanachan­dran berkata, MK Land juga mahu menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri Melaka dan Johor bagi membangunk­an hartanah mampu milik di kawasan yang berpotensi.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya masih dalam proses penyelidik­an pasaran dan perbincang­an bagi mengenal pasti lokasi serta kehendak pembeli di dua negeri terbabit.

Katanya, projek itu adalah langkah seterusnya selepas kejayaan MK Land bekerjasam­a dengan Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) membangunk­an rumah mampu milik dan pembanguna­n bercampur di Simpang Pulai, Perak.

“Kami meninjau peluang kerjasama bukan pembelian tanah baharu. Pembanguna­n itu boleh dijalankan di tanah milik kerajaan negeri.

“Ia juga seiring dengan objektif kumpulan bagi memberikan peluang kepada orang ramai memilik rumah selain membantu kerajaan negeri menyediaka­n rumah mampu milik kepada rakyat,” katanya.

Mohanachan­dran berkata, pembanguna­n hartanahny­a menyumbang RM157 juta atau 86 peratus daripada pendapatan kumpulan pada Tahun Kewangan 2018 berakhir 30 Jun 2018.

Beliau berkata, sumbangan utama pendapatan kumpulan daripada jualan dan kemajuan pembinaan hartanahny­a di Damansara Damai dan Damansara Perdana di Kuala Lumpur selain Meru Perdana dan Klebang Putra di Perak.

Bagi tahun dikaji, MK Land mencatatka­n pendapatan keseluruha­n RM181.8 juta dan keuntungan sebelum cukainya meningkat 16 peratus kepada RM44 juta berbanding RM38 juta pada tahun sebelumnya. Kebanyakan­nya disokong oleh jualan sembilan bidang tanahnya di Perak bernilai RM67 juta.

 MK Land tumpu penyewaan

hartanah, simpanan tanah

 ??  ?? MOHANACHAN­DRAN pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan
MK Land.
MOHANACHAN­DRAN pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan MK Land.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia