Harian Metro

Wanita hamil mati jatuh tangki najis

-

Beijing: Seorang wanita hamil mati selepas terjatuh dalam tangki najis apabila penutup plastik lubang berkenaan pecah dipijaknya ketika dia keluar dari kereta.

Wanita berusia 29 tahun dikenali sebagai Ren bakal melahirkan anak sulung dalam tempoh tiga bulan, lapor South China Morning Post.

Malangnya dia terjerlus ke dalam lubang sedalam lima meter itu, selepas penutup plastik yang uzur itu tidak dapat menampung berat badannya dalam kejadian lewat Selasa lalu di Hangzhou, wilayah Zhejiang, lapor akhbar tempatan Modern Express.

Suaminya berusaha menyelamat­kannya namun gagal sebelum akhirnya menelefon polis. Malangnya, Ren tidak dapat diselamatk­an dan diisytihar­kan mati selepas ditarik keluar, 30 minit kemudian. Anak dikandungn­ya juga tidak dapat diselamatk­an.

Pihak berkuasa tempatan berkata, pasangan itu pulang bersama dan selepas suaminya meletakkan kereta, Ren keluar untuk mengambil barang dari tempat duduk belakang.

Polis kini menyiasat kes itu, namun pembuat penutup lubang berkenaan dan syarikat pengurusan hartanah yang bertanggun­gjawab atas penyenggar­aan saling salah-menyalahka­n.

Pembuat terbabit, Hangzhou Jinmeng berkata, tangki najis itu sepatutnya ditutup penutup simen.

Katanya, penutup plastik hanya untuk digunakan di atas lurang di kawasan berumput, seterusnya syarikat pengurusan sepatutnya menggunaka­n penutup simen dan besi seperti lazim digunakan di jalan raya.

Sebaliknya, syarikat pengurusan pula mendakwa tempat berkenaan di kawasan yang dikhususka­n untuk lori bomba dan bukannya untuk meletakkan kereta.

Syarikat turut mendakwa kenderaan pasangan malang itu merosakkan penutup berkenaan ketika meletakkan kereta di situ seterusnya menyumbang kepada kejadian.

Seorang pengurusny­a berkata, kawasan itu juga tidak diletakkan kamera keselamata­n bererti keadaan asal penutup berkenaan tidak dapat

dipastikan. Secara tidak langsung, dia membayangk­an penutup itu dirosakkan kereta mangsa sendiri.

Modern Express memetik seorang pengawal keselamata­n berkata, penduduk sering meletakkan kereta di situ jika tiada ruang lain.

“Kami meletakkan papan tanda amaran, namun tidak dihiraukan. Lurang ini sebenarnya terletak di kawasan rumput, tetapi rumput tidak lagi tumbuh di sini kerana terlalu kerap dilenyek kereta,” katanya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia