Harian Metro

GAGAL DESAK PBB KUTUK HAMAS

- Agensi

Amerika Syarikat gagal memperoleh jumlah undian mencukupi di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengutuk tindakan Hamas melancarka­n serangan roket terhadap Israel.

Draf Resolusi yang dibentangk­an Duta Amerika ke PBB, Nikki Haley, memperoleh 87 undi menyokong, 58 undi membantah, manakala 32 negara berkecuali.

Resolusi itu memerlukan majoriti dua pertiga untuk diluluskan.

Menurut draf itu yang terakhir oleh Haley, penyokong kuat Israel, sebelum melepaskan jawatannya akhir tahun ini.

Beliau sering menuduh PBB mengamal sikap pilih kasih dalam isu Israel - Palestin dan mempertaha­nkan Israel dalam konfrontas­i dengan Hamas.

Isnin lalu, Haley menghantar nota bertulis kepada semua wakil negara mendesak mereka mengundi menyokong draf Amerika itu dengan memberi amaran: “Amerika memandang serius hasil undian ini.”

Ia adalah draf resolusi pertama mengutuk Hamas yang dikemukaka­n kepada PBB dengan 193 negara anggota sejak pertubuhan itu mula bersidang pada 1946.

Kuwait kemudian memohon kepada persidanga­n bagi pihak negara Arab agar menggugurk­an cadangan resolusi itu yang mendapat 75 undi menyokong (termasuk dari negara Kesatuan Eropah), 72 membantah dan 26 tidak hadir. Usul Kuwait itu juga gagal kerana memerlukan majoriti dua pertiga.

Di Gaza, Hamas menganggap kegagalan usaha Amerika di PBB itu tamparan hebat kepada pentadbira­n Presiden Donald Trump.

Al-Jazeera melaporkan, Hamas berterima kasih kepada negara anggota PBB yang ‘menyokong perjuangan rakyat kami dan memberi keadilan kepada perjuangan mereka’. Ia mengecam Haley yang ‘amat menyokong keganasan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin’.

“Kegagalan Amerika Syarikat dalam usahanya di PBB adalah tamparan kepada pentadbira­n negara itu,” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zahri di Twitter.

>>Malaysia dijangka mencapai status negara maju terhebat menjelang 3030  Amerika Syarikat gagal peroleh jumlah undi

mencukupi untuk kutuk perbuatan Hamas

 ??  ?? PENDUDUK Palestin di Gaza memegang poster mengecam Presiden Donal Trump ketika tunjuk perasaan sebelum undian mengutuk Hamas di perhimpuna­n agung PBB. - AFP
PENDUDUK Palestin di Gaza memegang poster mengecam Presiden Donal Trump ketika tunjuk perasaan sebelum undian mengutuk Hamas di perhimpuna­n agung PBB. - AFP
 ??  ?? NIKKI Haley
NIKKI Haley

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia