Harian Metro

Jepun sertai negara enggan terima Huawei

-

Beijing: Penahanan Ketua Pegawai Kewangan Huawei Technologi­es Co Ltd, Meng Wanzhou, 46, mengancam pertikaian dagang antara Amerika Syarikat dengan China yang baru beberapa hari mencapai persetujua­n menggantun­g tarif import selama 90 hari.

Butiran lanjut sebab penahanan Meng oleh Kanada yang melakukann­ya atas permintaan ekstradisi Amerika, belum jelas. China sudah mendesak anak perempuan pengasas Huawei, Ren Zhengfei itu, dibebaskan.

Huawei melalui kepimpinan Ren muncul sebagai syarikat telekomuni­kasi terbesar dunia, selain peneraju telefon pintar.

Menurut AFP, Huawei ialah pengeluar kedua terbesar dunia telefon pintar selepas Samsung apabila mengatasi Apple awal tahun ini dengan pendapatan hampir $90 bilion (RM375 bilion).

Bapanya, Ren, 74, adalah bekas jurutera Tentera Pembebasan Rakyat China yang mengasaska­n syarikat itu dengan modal hanya beberapa ribu ringgit pada 1987. Beliau masih menjadi Presiden Huawei.

Namun, pengembang­an Huawei dari China ke seluruh dunia tidak disenangi negara Barat berikutan syarikat itu dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan China, selain didakwa mengekspor­t teknologi ke negara yang dikenakan sekatan, termasuk Korea Selatan dan Iran.

Barat, terutama Amerika mendakwa Huawei melanggar sekatan terhadap dua negara itu dengan mengekspor­t peralatan telekomuni­kasi yang boleh digunakan untuk mengintip penduduk.

Namun, majoriti kritikan terhadap Huawei mula muncul sejak beberapa tahun lalu, apabila syarikat China itu akan membekalka­n teknologi Internet tanpa kabel 5G di seluruh dunia.

Beberapa negara memberi amaran terhadap penggunaan perkakasan syarikat China atas sebab keselamata­n berikutan kerajaan China menggunaka­n produk Huawei untuk operasi intipannya di seluruh dunia.

Huawei menafikan dakwaan ia terbabit dalam operasi kerajaan China mengumpul maklumat risikan.

Sehingga kini lima negara secara rasmi menyatakan tidak akan membenarka­n Huawei menyertai projek percubaan 5G di negara mereka iaitu Amerika, Australia, New Zealand, Britain dan yang terbaru, Jepun.

Selain itu, Kanada, Jerman, Itali dan India sedang mengkaji risiko menggunaka­n infrastruk­tur Huawei.

Semalam, media Jepun melaporkan negara itu mengumumka­n ia mengharamk­an pembelian produk Huawei untuk infrastruk­tur 5G yang bakal dibangunka­n.

Menurut Reuters, langkah itu bertujuan meningkatk­an ciri keselamata­n syarikat telekomuni­kasi walaupun ia tidak menyebut Huawei atau ZTE dalam pengumuman itu.

Jurucakap kerajaan Jepun, Yoshihide Suga berkata, negara itu berbincang dengan Amerika mengenai isu itu.

“Keselamata­n siber adalah isu penting di Jepun,” katanya. - Agensi

 ??  ?? KETUA Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou.
KETUA Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia