Harian Metro

Filem hebat gagal pecah panggung

-

1. ONE TWO JAGA

Filem arahan Nam Ron ini dianggap sebagai filem yang memiliki subjek menarik dari segi penceritaa­n, idea dan pelakon. Malah, filem ini juga disebut-sebut sebagai karya yang mempunyai keupayaan untuk meraih anugerah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) 2018 tidak lama lagi.

Biarpun mendapat pujian daripada pengkarya serta pengkritik filem, ditambah pula tercalon di Festival Filem New York dan kategori Grand Prix (Filem Terbaik) pada

12th Five Flavours Asians Film Festival, One Two Jaga sekadar meraih RM343,279.19 selepas dua minggu tayangan.

2. RISE: INI KALILAH

Filem garapan tiga sutradara berwibawa tempatan yakni Prem Nath, Saw Teong Hin dan Nik Amir dianggap sebuah karya yang memiliki ciri-ciri Malaysia, sama seperti filem Ola Bola yang pecah panggung dua tahun lalu.

Mengangkat penceritaa­n tiga watak utama yang melalui peristiwa Pilihan Raya Umum (PRU14) lalu, Rise: Ini Kalilah juga dianggap mampu menyamai kejayaan kutipan pecah panggung Ola Bola.

Apatah lagi barisan pelakon bukan calangcala­ng kerana popular dan pernah memenangi anugerah antaranya Remy Ishak, Sangeeta Krishnasam­y, Sashi Taran dan Jack Tan.

Filem ini juga mendapat pujian daripada pengkritik filem tempatan tapi malangnya sekadar meraih kutipan RM58,411.50 selepas dua minggu tayangan.

3. BLOK 404

Jenama Blok 404 pernah jadi fenomena pada 2003 sehinggaka­n pelakonnya, Zamarul Hisham dan Nabila Huda popular sekelip mata.

Selepas 15 tahun, Blok

404 ‘dihidupkan’ kembali di bawah arahan Azma Aizal Yusoof dengan beberapa wajah baru seperti Risteena Munim, Nadia Brian, Amar Asyraf dan Aedy Ashraf.

Ramai meletak harapan filem ini akan kembali ‘menghantui’ peminat judul itu dek adanya elemen seram yang lebih kemas

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia