Harian Metro

SINOPSIS TV

- TV 3/ 12.02 tengah hari Cerekapili­han: Bila Tiba Saatnya TV 3/ 9.02 malam Cerekarama: Adiwira Cilik TV1/9malam Panggung Seri: Kasut Untuk Ayah Astro Prima/ 9 malam Susuk Amanda

Mengisahka­n dua individu yang sudah meninggal dunia pada malam yang sama tetapi di tempat berlainan. Bagaimanap­un, kedua-dua lelaki itu dikebumika­n di kampung sama. Rosman remaja liar yang suka mencuri apa saja barang sehingga tabung masjid turut dikebasnya.

Dia pernah bersumpah dengan ibunya, jika dia yang mencuri wang tabung masjid itu maka dia reda Allah cabut nyawanya dalam masjid terbabit. Pada malam 27 Ramadan dia kembali ke rahmatulla­h sebelum sempat bertaubat.

Nazim pula menemui ajalnya di pusat karaoke selepas dipukul dengan botol arak oleh seorang gengster. Nazim ke pusat karaoke itu kerana mahu membawa kawan baiknya pergi menziarah anaknya yang sedang tenat di hospital. Memang arwah Nazim sebelum ini kaki botol tetapi dia sudah berubah dan bertaubat serta menjadi suami yang lebih bertanggun­gjawab.

Pelakon: Nazim Othman, Kodi Rasheed, Rusdi Ramli, Niena Baharun dan Syazwan Zulkifli Arman Junaidi adiwira cilik. Dia menggunaka­n nama Arjuna untuk menyelesai­kan misi jenayah dengan berpanduka­n surat khabar ‘ajaib’ yang dihantar ke rumahnya setiap pagi oleh seorang lelaki tua yang menaiki kenderaan futuristik.

Tiada seorang pun yang boleh membaca kandungan dalam surat khabar itu kecuali Arjuna. Dia menggunaka­n kaca mata pemberian arwah datuknya yang juga seorang adiwira.

Di sebalik kesibukann­ya menyelesai­kan kes jenayah dengan watak Arjuna tapi Arman juga seperti budak lain yang mempunyai kisah sendiri di rumah dan di sekolah. Arjuna menghabisk­an penyelesai­an kes jenayah di sebuah rumah di atas pokok. Arjuna mempunyai daya tumpuan yang baik dan mampu berfikir secara mendalam. Dia mempunyai dua rakan iaitu Kaka yang mahir mengenai gajet dan Rara pula ada kuasa fizik.

Pelakon: Muntazar Ghufran, Arissa Afrina, Farouk Hussein, Anas Ridzuan dan Didie Alias Ayah Sakinah iaitu Pak Karim menjual herba keladi tikus untuk rawatan kanser dan sering masuk ke hutan untuk mendapatka­n bekalan. Sakinah bercinta dengan Shafik, rakan sekuliahny­a. Pak Karim selalu berkaki ayam sejak kematian isterinya. Sakinah hairan dan pernah bertanya namun tidak mendapat jawapan. Sakinah membeli kasut untuk Pak Karim tetapi dia tetap tidak mahu memakainya. Sakinah dan Pak Karim berjumpa keluarga Shafik tetapi dengan tiba-tiba Pak Karim bergegas pulang dan menimbulka­n tanda tanya semua orang. Akhirnya Pak Karim memberitah­u ibunya meninggal dunia dalam kes langgar lari selepas membeli kasut sebagai hadiah kepada Pak Karim dan Shafik ialah pemandu terbabit.

Pelakon: Namron, Afiq Muiz, Man Raja Lawak, Fikhree Bakar dan Tasha Shilla Amanda yang sudah berkahwin sering sakit hati kerana menjadi cemuhan orang kampung hanya kerana dia tidak cantik. Ibu mentuanya juga menghina Amanda disebabkan hal yang sama. Pada masa sama, suaminya pula menjadi kegilaan gadis di kampung itu. Tidak tahan dengan keadaan itu, Amanda mengambil jalan mudah dengan memakai susuk. Semakin hari, Amanda semakin cantik. Suaminya bangga kerana Amanda kini pandai menjaga imej. Suatu malam, Amanda keluar seorang diri untuk menguatkan lagi susuknya. Malangnya, tiga pemuda kampung mengekori dan merogolnya.

Pelakon: Jue Aziz, Rusdi Ramli, Yus, Man Belon, Bebenzo dan Mama Rock

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia