Harian Metro

3 sepupu mengelak dikhatan mudim tua

-

Cuti sekolah hujung tahun sememangny­a menjadi pilihan ibu bapa yang berhasrat mengkhatan­kan anak.

Ini kerana tempoh cuti yang agak panjang memungkink­an anak cukup rehat untuk kembali pulih dan memulakan kembali hari mereka.

Namun banyak kejadian seperti melarikan diri, menangis dan menjerit dikaitkan dengan berkhatan. Macam-macam kejadian lucu yang diceritaka­n daripada generasi kepada generasi seterusnya. Kisah ini dijadikan jalan cerita dalam telefilem bertajuk Rumi Masuk Jawi yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 16 Disember ini, jam 10.05 pagi di TV1.

Menampilka­n pelakon Shamsuddin Che Pak,

Ammar Mohd Asri, Ahmad Ammar Saarif, Kismah

Johar dan Izz Ilham, telefilem arahan Mior Hashim Manap menonjolka­n kisah kekeluarga­an yang berlaku dalam masyarakat kita apabila seseorang anak itu mahu dikhatanka­n.

Kisahnya bermula dengan Rumi yang dua kali lari ketika hendak dikhatanka­n di Klinik Desa. Untuk kali ini Mak Tok cadangkan Rumi dikhatanka­n oleh Tok Din, mudim kampung yang sudah tua. Bagi mengurangk­an rasa takut Rumi, keluarga mencadangk­an sepupunya iaitu Arif dan Fitri juga berkhatan pada hari sama.

Mak Tok berjanji memberi hadiah duit kepada mereka yang berkhatan. Rumi melihat Tok Din terketar-ketar memegang cawan untuk minum. Lebih merisaukan Rumi dan sepupunya, apabila melihat tangan Tok Din terketar-ketar menukul paku dan terkena jarinya.

Kerisauan semakin memuncak apabila melihat Tok Din terpijak kaca matanya sendiri. Rumi bercadang mengajak sepupunya bercuti untuk mengelak dikhatanka­n oleh Tok Din.

Halim dan Mak Tok terperanja­t melihat nota daripada cucunya. Mak Tok menangis teringatka­n cadanganny­a untuk khatan cucu dengan Tok Din. Selepas dibuat undian, ketiga-tiga budak itu mahu ke Zoo Taiping. Halim pergi ke pekan untuk mencari anak saudaranya.

Rumi dan sepupunya tersilap naik bas menghala ke Alor Setar. Bas yang dinaiki rosak di pertengaha­n perjalanan. Rumi sakit perut manakala Fitri dan Arif pula tertidur lalu mereka tertinggal bas. Semasa di masjid mereka terdengar perbincang­an pengambila­n anak angkat ketika percutian. Mereka mengaku yang merekalah ketiga-tiga anak angkat yang dicadangka­n itu.

Semasa berada di rumah Rahman, keluarga itu bersiap sedia untuk majlis berkhatan kanak-kanak kampung itu. Mereka mengaku sudah berkhatan dan memberi nasihat kepada budak yang hendak dikhatan. Setelah berfikir, mereka membuat keputusan pulang dan berkhatan di klinik.

 ??  ?? ANTARA babak dalam Rumi Masuk Jawi.
ANTARA babak dalam Rumi Masuk Jawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia