Harian Metro

Platform perkongsia­n idea

- DARI MUKA 57

Pasareka ruang cungkil

idea baru untuk perkenal

warisan kraf tangan

sebagai cenderamat­a

“Berikutan itu, penganjura­n Pasareka 2018 atau Design Market 2018 di Kompleks Kraf Johor nanti dilihat bertepatan kerana ia adalah aktiviti yang menghimpun­kan kegiatan seni dan kreativiti dalam aspek reka bentuk produk kraf tempatan.

“Ia juga bakal menjadi platform perkongsia­n idea pereka kraf tangan tempatan, penggiat seni, pemain industri dan usahawan.

“Pasareka adalah ruang untuk kita mencungkil idea baru bagi membantu kerajaan memperkena­lkan warisan kraf tangan yang boleh dijadikan cenderamat­a.

“Setiap tahun negara kita menerima kunjungan pelancong yang tinggi, jadi kita perlu mengambil kesempatan ini untuk mempromosi­kan Malaysia menerusi penghasila­n cenderahat­i yang menarik.

“Tambahan lagi, dalam tempoh dua tahun, kita bakal meraikan Tahun Melawat Malaysia 2020. Jadi, Kraftangan Malaysia perlu mencari dengan idea baru sebagai persediaan,” katanya sempena aktiviti simulasi Reka Reka Kraf Rakyat bersama media di Kompleks Kraf Johor, minggu lalu.

Bakal menganjurk­an siri Pasareka di Sabah dan Sarawak pada tahun depan, Ibrahim mengakui negeri di Borneo mempunyai variasi produk kraf menarik dan berpotensi besar dalam pasaran.

Menyedari kelebihan produk kraf tangan itu, Kraftangan Malaysia turut turun padang untuk membantu komuniti terutama di kawasan pedalaman bagi menjana ekonomi menerusi produk kraf yang dihasilkan secara turun-temurun.

Katanya, Kraftangan Malaysia bukan saja berkongsi idea reka bentuk komersial bahkan memasarkan produk berkenaan.

Bagi memartabat­kan produk kraf, Ibrahim berkata, teras memperkasa­kan komuniti kraf perlu dilaksanak­an demi membentuk rantaian sempurna ekosistem industri kraf tangan negara.

“Komuniti ini merangkumi pembekal bahan mentah, pembuat kraf sama ada sepenuh masa dan sambilan, usahawan mahupun pengedar produk dan setiap ahli komuniti ini memiliki peranan serta fungsi penting bagi memastikan kejayaan keseluruha­n ekosistem.

“Apabila wujudnya ekosistem kraf tangan, kita dapat menyerlahk­an lagi kepentinga­n industri kraf kepada kerajaan dan negara dalam konteks yang lebih besar. Malah masyarakat bakal menerima manfaat ekonomi yang besar.

“Persepsi sering mengaitkan bahawa produk kraf lebih sinonim dengan kawasan kampung dan pedalaman, namun sebenarnya produk kraf turut boleh dihasilkan di bandar sekali gus membolehka­n masyarakat bandar menjana pendapatan tambahan.

“Siri Pasareka ini akan diteruskan pada masa akan datang di setiap negeri dalam skala yang lebih kecil.

“Mengulas mengenai Festival Kraf Johor pada 20 Disember nanti, kita menyasarka­n penyertaan kira-kira 300 usahawan kraf tangan dan menjangkak­an hasilan jualan mencecah RM7 juta berbanding RM5 juta pada 2016,” ujarnya lagi.

Sementara itu,

Timbalan Ketua Setiausaha

 ??  ?? IBRAHIM (duduk) turut melakukan
aktiviti simulasi kraf.
IBRAHIM (duduk) turut melakukan aktiviti simulasi kraf.
 ??  ?? MEMARTABAT­KAN warisan budaya dalam kalangan rakyat Malaysia.
MEMARTABAT­KAN warisan budaya dalam kalangan rakyat Malaysia.
 ??  ?? IBRAHIM
IBRAHIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia