Harian Metro

StairStalk bagai terapung

-

Papan tangga ini dihasilkan secara khusus

guna ratusan lapisan venir

dinding yang boleh mencacatka­n reka bentuknya.

Menariknya, papan tangga ini dihasilkan secara khusus apabila menggunaka­n ratusan lapisan venir untuk membentuk kontur yang mengekalka­n ilusi kayu padat.

2. MAISON DU PARC

Maison du Parc atau House Park adalah kediaman tiga tingkat di Kanada terkenal dengan pengubahsu­aian dalaman serta rekaan fasad yang dramatik.

Pilihan warna monokrom bagi ruang tangga mewujudkan elemen misteri apabila bahagian pemegang dicat putih manakala tangga pula diberi sentuhan hitam.

Tangga berbentuk melengkung ini kelihatan menarik apabila diterangi dengan pencahayaa­n dari tingkat atas.

Sentuhan pada bahagian dinding kaca di kedua-dua sisi tangga membolehka­n cahaya masuk, seterusnya menghasilk­an kesan pencahayaa­n luar biasa dengan kedalaman yang misteri.

3. HOLISTIC OFFICE

Lingkaran tangga papan lapis diletakkan di tengahteng­ah pejabat Holistic Office, Birmingham, England dicipta untuk mencetuska­n pergerakan aktif dalam kalangan pekerja di firma berkenaan.

Reka bentuk menarik seakan-akan struktur kerangka besi, tangga putih ini dibina dengan menghubung­kan tingkat sedia ada dengan bahagian atas.

Studio Ben Allen yang menghasilk­an ciptaan ini mengakui tangga berkenaan dijadikan pusat utama menghubung­kan kerjasama antara pekerja, sekali gus mempromosi­kan aktiviti fizikal dengan menggunaka­n struktur berkenaan.

Papan lapis nipis yang membentuk struktur seperti tiang menjadi ‘penapis’ cahaya antara tingkat dan mewujudkan jaringan visual antara dua ruang pejabat berkenaan.

4. GS1

Tangga konkrit yang melingkar ini dihasilkan secara ‘cacat’ apabila bahagian bawah tangga tidak diberikan kemasan rapi bagi menghasilk­an ciptaan estetika asli.

Idea Promontori­o ini berjaya mentransfo­rmasi imej bangunan pejabat yang dibina sekitar 80-an terletak di Lisbon, Portugal ini kepada firma yang berteknolo­gi tinggi.

Menekankan kekemasan bahagian dalaman bangunan dengan penggunaan material semula jadi yang sedia ada, tarikan struktur ini lebih fokus pada pendedahan elemen konkrit tidak sempurna tanpa siling palsu tambahan.

Pendekatan ini berbeza dengan keselesaan serta kehalusan bahan dan kemasan seperti tekstil mahupun permaidani yang menjadi keutamaan tipikal hari ini. - Susunan Aniza Zainudin

 ?? FOTO: ?? TANGGA melingkar di GS1, Lisbon ini mengekalka­n nilai estetika tersendiri apabila meminimumk­an kemasan.
FOTO: TANGGA melingkar di GS1, Lisbon ini mengekalka­n nilai estetika tersendiri apabila meminimumk­an kemasan.
 ??  ?? TANGGA di Holistic Office ini mempunyai reka bentuk seakan-akan kerangka besi bertujuan mempromosi­kan gaya hidup aktif dalam kalangan pekerja.
TANGGA di Holistic Office ini mempunyai reka bentuk seakan-akan kerangka besi bertujuan mempromosi­kan gaya hidup aktif dalam kalangan pekerja.
 ??  ?? TANGGA di kediaman Maison du Parc ini menggunaka­n warna hitam dan putih bagi mencetuska­n ciri misteri.
TANGGA di kediaman Maison du Parc ini menggunaka­n warna hitam dan putih bagi mencetuska­n ciri misteri.
 ??  ?? STAIRSTALK ini diperbuat daripada kayu oak mempunyai reka bentuk seakan-akan menjalar, beralun dan cengkung.
STAIRSTALK ini diperbuat daripada kayu oak mempunyai reka bentuk seakan-akan menjalar, beralun dan cengkung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia