Harian Metro

Perabot kayu landasan kereta api

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Kelainan dalam menata hias kediaman umpama simbolik tersirat bagi menterjema­hkan keperibadi­an dan personalit­i individu.

Seperti kecantikan, ia yang tidak mempunyai kriteria mahupun ‘senarai’ khusus kerana setiap keindahan dinilai menurut pandangan peribadi yang sering menepati cita rasa masingmasi­ng. Mungkin indah di mata anda, sebaliknya bagi mereka.

Bagi mereka yang menggilai keunikan dalam mewarnai taman mini kediaman peribadi, satu tarikan penting bagi lokasi berkenaan pastinya kewujudan gazebo atau pondok kecil mahupun ruang santai.

Pilihan kayu tempatan seperti cengal, merbau, balau mahupun kempas antara material utama untuk menghasilk­an perabot taman, tetapi lebih unik seandainya kayu landasan kereta api turut tersenarai sebagai alternatif.

Pegawai pemasaran Rustic Wood Arts, Wan Mohamad Izz Wan Azli berkata, perabot taman yang menggunaka­n kayu landasan kereta api atau lebih dikenali ‘railway sleepers’ mempunyai penggemar tersendiri.

“Agak sukar untuk kita mengetahui daripada jenis pokok apakah kayu landasan kereta api ini dihasilkan, namun yang pasti ia memiliki kekuatan dan tahan lasak bersesuaia­n dengan fungsi asalnya bagi pengangkut­an darat berkenaan.

“Kayu ini sebenarnya agak sukar untuk didapati kerana bekalannya kian berkuranga­n, tambahan pula kebanyakan landasan kereta api tanah air sudah menggunaka­n besi serta konkrit bagi menggantik­an kayu ini.

“Saya tidak menolak kemungkina­n kayu landasan kereta api ini akan hilang dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

“Ketiadaan ini akan membuatkan perabot diperbuat daripada kayu ini akan menjadi lagi semakin unik dan sukar ditemui malah harganya mungkin turut melambung.

“Perabot daripada kayu landasan kereta api sering menjadi pilihan untuk hiasan taman seperti meja dan bangku. Selain itu, ia turut dijadikan aksesori taman seperti laluan pejalan kaki ataupun pagar antik.

“Harga terkini bagi sebatang kayu landasan kereta api yang berkualiti boleh mencecah RM100 berbanding hanya RM18 hingga RM20 sebelum ini.

“Selain itu, kayu landasan kereta api turut dikelaskan kepada tiga gred, A (berharga RM100 ke atas), B (RM70 ke atas) dan C (RM50 ke atas),” katanya ketika ditemui di Segamat, Johor.

Kayu landasan kereta api mempunyai tekstur permukaan kasar dan berjalurja­lur yang terbentuk akibat proses semula jadi (perubahan cuaca panas dan hujan) sepanjang ia berfungsi di landasan kereta api.

Keindahan dan keunikan kayu ini terletak pada kecacatan semula jadi ini kerana ia menepati cita rasa desa dan konsep industri.

Menurut Wan Mohamad Izz lagi, rekaan perabot taman selalunya lebih mesra pengguna dan santai.

Selain itu, kebanyakan pelanggan memilih reka bentuk yang ringkas demi mengekalka­n keaslian material kayu digunakan sekali gus menjadikan­nya lebih eksklusif.

 ??  ?? Kayu ini sebenarnya agak sukar untuk didapati kerana bekalannya kian berkuranga­n, tambahan pula kebanyakan landasan kereta api tanah air sudah menggunaka­n besi serta konkrit bagi menggantik­an kayu ini PERABOT kayu landasan kereta api miliki nilai eksklusif.
Kayu ini sebenarnya agak sukar untuk didapati kerana bekalannya kian berkuranga­n, tambahan pula kebanyakan landasan kereta api tanah air sudah menggunaka­n besi serta konkrit bagi menggantik­an kayu ini PERABOT kayu landasan kereta api miliki nilai eksklusif.
 ??  ?? MEMPUNYAI
tekstur permukaan
kasar.
MEMPUNYAI tekstur permukaan kasar.
 ??  ?? WAN MOHAMAD IZZ
WAN MOHAMAD IZZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia