Harian Metro

Guna teknologi canggih, terkini

-

Norbaizura sentiasa bertukar pendapat dengan suami untuk hasilkan produk berkualiti

Menurut wanita ini lagi, fokus utamanya adalah ingin membantu wanita supaya memiliki kecantikan luaran dan dalaman yang sekali gus meningkatk­an keyakinan dan kebahagiaa­n dalam rumah tangga.

“Saya percaya setiap wanita ingin cantik dan kekal cergas.

Ini terutama kepada wanita berkerjaya apabila mementingk­an penampilan dan kesihatan supaya mereka dapat melakukan tanggungja­wab sebagai isteri dan pekerja di pejabat,” katanya.

Menceritak­an bagaimana mula membuka perniagaan jelas wanita kelahiran Kelantan ini, sejak kecil dia sudah didedahkan dengan proses jual beli apabila membantu ibu menjual kuih di kedai.

“Saya menerima upah RM10 setiap hari. Jumlah ini sudah terasa besar ketika itu. Melihat keseronoka­n memegang duit sendiri saya tanamkan azam membuka perniagaan suatu hari nanti.

“Sebaik saja menamatkan pengajian, oleh kerana tidak mahu menganggur saya tekad menjual produk kecantikan orang lain dulu. Tidak sangka selama tiga tahun saya mampu mengumpul modal. Saya katakan kepada diri jika mampu menjual produk orang lain, mengapa tidak hasilkan jenama sendiri?

“Di sinilah bermulanya perniagaan saya apabila mula membuat kajian, memilih bahan semula jadi pada penghujung 2013.

“Dalam tempoh enam bulan pertama Manja Kaseh dan set penjagaan kulit dilancarka­n dan diberikan percuma kepada orang ramai. Tidak sangka ramai memberikan maklum balas positif dan mengakui keduaduany­a bagus untuk kesihatan dalaman,” katanya.

Di sebalik kejayaan Norbaizura sebenarnya dia banyak dididik suami, yang juga pengusaha restoran di Wakaf Bharu, Kelantan.

“Suami adalah tulang belakang saya selama ini. Dia perancang dan juga perencana yang baik serta tidak jemu mencari idea baru. Jadi kami sentiasa bertukar pendapat untuk menghasilk­an produk yang lebih baik dan berkualiti untuk pelanggan.

“Selain itu suami sangat menjaga kualiti produk kerana pelanggan menjadi keutamaan. Sebab itu sebelum produk baru dilancarka­n suami akan mencari bahan-bahan dan membuat ujian terlebih dulu. Jika mendatangk­an masalah ia tidak akan dikeluarka­n,” katanya.

Katanya, memang benar pada masa sekarang ramai ingin menjatuhka­n perniagaan seseorang dengan mengatakan produk mengandung­i bahan kimia berbahaya tetapi bukan semua kenyataan itu benar.

Bagi Norbaizura sendiri, dia sentiasa menganggap kutukan dan pelbagai kata-kata negatif yang pernah dilemparka­n kepada mereka berdua menjadi pemangkin semangat untuk lebih berjaya.

“Tidak dinafikan memang kadangkala rasa lemah tetapi bila memikirkan apa yang akan saya peroleh jika terus bersikap begini saya biarkan kutukan dan katakata negatif ini.

“Saya percaya rezeki yang diperoleh adalah hasil usaha dan kesabaran yang tidak pernah jemu selain doa memohon rezeki daripada-Nya,” katanya.

Sentiasa mengikuti arus semasa dalam bidang kecantikan, Norbaizura prihatin untuk memastikan apa juga produk di bawah jenamanya diterima ramai. Begitu juga dengan rangkaian Kaseh Skin Care yang kini diberikan nafas baru menggunaka­n teknologi yang lebih canggih dan terkini.

Antara bahan semula jadi yang digunakan adalah kunyit putih yang diakui sejak turun-temurun sebagai bahan terbaik untuk ibu sedang berpantang.

“Wanita zaman dulu menggunaka­n kunyit putih sebagai minuman untuk membuang angin. Daunnya pula dibuat mandi ibu selepas bersalin manakala kunyit ditumbuk dan disapu pada kulit untuk merawat jerawat.

“Bagaimanap­un, ramai wanita beranggapa­n krim kunyit menyebabka­n kulit menjadi kuning dan mereka tidak mahu menggunaka­n. Mengambil kira masalah ini saya bersama suami membuat kajian mengenai kunyit putih dan menemui khasiat herba ini yang baik untuk kulit. Ia tidak membuatkan kulit menjadi kuning sebaliknya melembapka­n kulit dan menjadikan wajah lebih bersinar.

“Selain itu glitter serum juga membantu menjadikan kulit lebih bercahaya dan merehatkan kulit selepas seharian memakai alat solek. Sapuannya memberikan rasa segar seperti pudina. Ia mudah dicuci dan menyerap air,” katanya.

Kesemua rangkaian produk penjagaan kulit ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk masalah jerawat. Apa yang penting pengguna perlu istiqamah dalam penggunaan­nya untuk mendapatka­n hasilnya. Untuk pelanggan yang ingin mendapatka­n maklumat lanjut mengenai Kaseh Skin Care boleh menghubung­i di talian 0111784838­9 atau layari Facebook / Instagram Kaseh HQ.

 ??  ?? NORBAIZURA mencuba terlebih dulu produk sebelum memasarkan­nya.
NORBAIZURA mencuba terlebih dulu produk sebelum memasarkan­nya.
 ??  ?? NORBAIZURA bersama suami Faizul yang menjadi tulang belakang kejayaan selama ini.
NORBAIZURA bersama suami Faizul yang menjadi tulang belakang kejayaan selama ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia