Harian Metro

‘kepuasan sukar digambarka­n’

-

Norhasilaw­ati lebih rela habiskan duit beli pasu, tanah, baja dan biji benih

berbanding perhiasan sendiri

“Saya memang suka makan sayur-sayuran jadi fikir daripada beli eloklah tanam sendiri di belakang rumah. Pokok pertama yang saya tanam adalah sawi diikuti terung dan bendi. Benih pula saya beli daripada peladang, kedai dan juga secara dalam talian.

“Membeli di alam maya lebih menyeronok­kan kerana ada pelbagai jenis biji benih pelik dan jarang ditemui. Contohnya cili saja hampir 20 jenis yang semuanya saya peroleh menerusi kedai dalam talian,” katanya.

Tidak mengeluark­an kos yang besar jelas Norhasilaw­ati, kelengkapa­n berkebun dibeli secara berdikit-dikit dengan duit diberi suami. Malah wang simpanan ini digunakan untuk barangan berkebun berbanding hiasan peribadi seperti kasut, alat solek atau beg tangan.

“Saya lebih rela menghabisk­an duit untuk membeli pasu, tanah, baja dan biji benih berbanding perhiasan sendiri. Satu kepuasan yang sukar digambarka­n. Sehingga sekarang saya menggunaka­n wang hasil titik peluh dengan menjual baja dan biji benih kepada rakan. Dapat juga pendapatan sampingan,” ujarnya.

Melakukan aktiviti penyiraman pokok pada waktu petang manakala membaja pada awal pagi.

Ini kerana pada waktu malam tanah lambat kering berbanding siang jadi sangat sesuai sekiranya semburan racun perosak dilakukan pada waktu malam.

“Semburan hanya dilakukan seminggu sekali di sekeliling rumah sambil mengutip siput dan merosakkan tanah dan memakan tumbuhan,” katanya.

Berpengala­man dari segi penggunaan baja, jelas Norhasilaw­ati, sejak mula berkebun dia hanya menggunaka­n tiga jenis baja iaitu baja ABC, baja navotec dan brogard (racun kawalan serangga organik). Dia juga turut menjual ketiga-tiga jenis baja ini secara dalam talian.

Katanya, baja ABC bukan jenis organik tetapi ia tidak bahaya seperti baja kimia. Baja ini bagus untuk menghalang makhluk perosak mendekati tumbuh-tumbuhan selain menjadikan tanah lebih subur.

“Bagi saya penanaman pokok ini sangat mudah. Asalkan konsisten menyiram dan membaja sudah pasti tumbuhan dapat hidup dengan subur. Cuma pada musim hujan ia agak mencabar disebabkan penyakit kulat yang tumbuh selepas hujan. Jadi perlu selalu memerhati dan membuang kulat ini agar tidak merosakkan tanaman,” jelasnya yang turut menanam pokok anggur dan strawberi.

Norhasilaw­ati turut menasihat suri rumah supaya bercucuk tanam di halaman rumah terutama tumbuhan yang selalu digunakan seperti pandan, serai, kunyit dan kari kerana pokok herba ini hanya diperlukan sedikit sebagai penambah rasa dalam masakan.

“Menanamnya juga amat mudah cuma perlukan air dan pencahayaa­n. Apabila diperlukan petik saja di belakang rumah. Selain menjimatka­n kos berkebun dapat meredakan tekanan selepas penat bekerja,” katanya menggalakk­an wanita menanam sayuran sendiri kerana lebih bersih dan bebas racun kimia.- Siti Zarinah Sahib

 ??  ?? ANAK turut membantu Norhasilaw­ati.
ANAK turut membantu Norhasilaw­ati.
 ??  ?? SAWI tanaman pertama yang diusahakan Norhasilaw­ati.
SAWI tanaman pertama yang diusahakan Norhasilaw­ati.
 ??  ?? BIJI benih terung jarang jumpa turut
ditanam Norhasilaw­ati.
BIJI benih terung jarang jumpa turut ditanam Norhasilaw­ati.
 ??  ?? PERIA dipetik di belakang rumah saja.
PERIA dipetik di belakang rumah saja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia