Harian Metro

RAWATAN ELAK KEBOTAKAN

-

Secara purata, setiap individu sama ada lelaki atau wanita mempunyai sekitar 100,000 folikel rambut bagi memastikan mahkota mereka lebat. Seperti sel lain dalam tubuh, folikel ini mempunyai kitaran.

Semasa folikel dalam kitaran kerja, rambut tumbuh selama sekitar dua hingga enam tahun, tetapi apabila ia dalam kitaran rehat rambut boleh gugur sebanyak 50 hingga 100 helai sehari.

“Sekalipun begitu, ini tidak menjadi masalah kerana bukan semua folikel mengikut kitaran yang sama. Ia menjadi masalah jika kitaran ini terganggu. Folikel yang lemah menyukarka­n rambut baru untuk tumbuh atau yang paling menakutkan, kepala menjadi botak,” kata Nur Fahtiha.

Penggunaan syampu yang betul turut memainkan peranan penting bagi memastikan mahkota berada dalam keadaan sihat. Syampu mestilah yang membersihk­an kulit kepala dan bukan setakat bahagian rambut.

“Bagi wanita bertudung rambut perlu dicuci setiap hari atau dua kali sehari bergantung kepada keperluan. Misalnya, mereka yang aktif bersukan perlu mencuci rambut setiap hari, manakala yang mempunyai kulit kepala kering hanya perlu mencuci selang sehari.

“Jika rambut terlalu kerap dicuci ia menghapusk­an lapisan minyak semula jadi bagi kulit kepala yang sihat. Jika terlalu jarang dicuci pula ia mungkin menyebabka­n minyak bertompok pada bahagian folikel sehingga menghalang rambut daripada tumbuh,” katanya.

Oleh itu, elakkan terlalu kerap menggunaka­n syampu yang kuat kerana ia boleh menghilang­kan kelembapan bukan setakat pada rambut tetapi juga kulit kepala. Hanya kulit kepala seimbang dan sihat boleh menghasilk­an rambut yang sihat dan kuat.

Sejak mula diperkenal­kan, MBH Haircare menyediaka­n rawatan rambut bagi mengatasi masalah rambut gugur, kelemumur dan kebotakan yang dijalankan terapi terlatih. Antaranya yang diperkenal­kan adalah Terapi Fertilizer­s Essence menggunaka­n cecair khas dihasilkan sendiri.

Menjelaska­n lebih lanjut menurut Nur Fahtiha, cecair seakan-akan serum ini mengandung­i pati aloe vera. Menggunaka­n sejenis alat Derma Roller kulit kepala pelanggan akan diperiksa bagi memastikan masalahnya. Selepas itu kulit akan diletakkan cecair khas ini dan kemudian Derma Roller akan dilayangka­n secara lembut ke atas kulit bagi memastikan cecair ini meresap sehingga ke dalam kulit kepala.

“Penggunaan alat ini berfungsi membuka folikel dan membenarka­n cecair masuk dengan lebih mendalam,” katanya.

Untuk satu botol cecair ini mampu bertahan sehingga tiga bulan.

Namun bagi mereka yang tidak mahu menggunaka­n Derma Roller boleh melakukan secara manual iaitu menggosok dengan jari tetapi kesannya sedikit lambat. Selepas itu pelanggan boleh melakukan sendiri di rumah.

Selain mendapatka­n rawatan rambut untuk tampak lebih sihat dan cantik, dia turut menasihatk­an agar pelanggann­ya menjaga pemakanan dengan melebihkan pengambila­n sayur-sayuran hijau serta buah-buahan kaya vitamin C.

 ??  ?? 1. CECAIR khas diletakkan ke bahagian rambut bermasalah.
2. DERMA Roller dilayangka­n secara lembut agar cecair memasuki folikel rambut. 3. RAMBUT dicuci bersih. 4. KERINGKAN rambut selepas dicuci.
5. RAMBUT diperiksa sebelum rawatan dilakukan.
1. CECAIR khas diletakkan ke bahagian rambut bermasalah. 2. DERMA Roller dilayangka­n secara lembut agar cecair memasuki folikel rambut. 3. RAMBUT dicuci bersih. 4. KERINGKAN rambut selepas dicuci. 5. RAMBUT diperiksa sebelum rawatan dilakukan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NUR FAHTIHA
NUR FAHTIHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia