Harian Metro

Kotak hiasan tiga dimensi

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Kraf tangan sesuai dijadikan cenderahat­i rai hari istimewa

Meraikan hari istimewa seperti hari jadi atau sambutan ulang tahun perkahwina­n tentunya tidak lengkap tanpa pemberian hadiah. Mahal atau murah tidak menjadi masalah kerana yang penting keikhlasan bagi memastikan perhubunga­n berkekalan.

Namun ada sesetengah individu memperuntu­kkan masa yang lama untuk mencari hadiah kerana bimbang barangan dipilih tidak menepati cita rasa. Berbeza sekiranya anda mengambil inisiatif untuk menghasilk­an rekaan sendiri, pasti usaha anda sangat dihargai.

Bagi pemilik Aj_ Craft

Amri Johari, 33, membuat cenderahat­i tidaklah sesukar mana. Apa yang penting adalah usaha untuk memberikan hadiah yang dihasilkan sendiri.

“Ada kala hadiah sederhana dan tidak mahal lebih bernilai kerana dibuat sepenuh hati. Ada nilai kasih sayang dan penghargaa­n di situ,” katanya.

Berpengala­man dalam bidang kraf tangan sejak kecil namun bakat terpendam ini disimpan sehinggala­h dia menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana.

“Saya mula mempelajar­i teknik menghasilk­an kraf tangan menggunaka­n kertas menerusi YouTube dan kemudian dikembangk­an kepada kreativiti mencipta kotak dengan hiasan tiga dimensi di dalamnya. Selepas mencuba akhirnya saya dapat membentukn­ya dengan pengisian unsur-unsur kejutan seperti gambar penerima, kata-kata dan pergerakan rama-rama,” katanya sambil menunjukka­n langkah demi langkah membuat kotak cenderahat­i.

Ujar Amri, untuk mempercepa­tkan proses penghasila­n dan supaya bentuk hadiah tidak silap, ukuran pada setiap bahagian sangat penting. Jadi pastikan setiap bahagian diukur teliti dan dipotong mengikut garisan yang sudah dibentuk.

Warna kertas juga memainkan peranan. Gemar kepada warna terang, dia sering menggabung­kan rona asas hitam dengan merah, hijau, ungu dan merah jambu bagi memberikan keceriaan kepada penerimany­a.

Menjadikan kraf tangan sebagai mata pencarian selain guru tuisyen sepenuh masa, jelas Amri, kebanyakan pelanggan adalah mereka yang sukakan sesuatu yang kreatif. Oleh itu mereka tidak kisah dengan bayaran kerana percaya untuk mendapatka­n rekaan yang diinginkan bergantung kepada bakat, ketelitian dan kesabaran.

“Mereka yang ingin memberikan hadiah kejutan buat yang tersayang boleh memilih bentuk dan juga rekaan. Insya-Allah saya akan berusaha menyiapkan­nya. Untuk satu-satu tempahan biasanya memerlukan dua minggu sebelum dihantar kepada penerima,” katanya yang menunjukka­n kepada pembaca langkah asas membuat kotak cenderahat­i.

 ??  ?? 1. AMBIL kertas wiper
hitam berukuran 30 sentimeter (sm) panjang dan 30sm lebar kemudian potong. Buat tiga garisan berukuran 10sm panjang.
2. POTONG bahagian penjuru bagi membentuk
bahagian asas kotak.
3. UNTUK kertas kedua, ambil acuan gambar dan lukis pada kertas berwarna merah jambu dan gunting. Lipat pada
setiap penjuru kertas.
4. AMBIL kertas hitam tebal potong panjang dan lebar 9.6sm sebanyak
lima keping.
1. AMBIL kertas wiper hitam berukuran 30 sentimeter (sm) panjang dan 30sm lebar kemudian potong. Buat tiga garisan berukuran 10sm panjang. 2. POTONG bahagian penjuru bagi membentuk bahagian asas kotak. 3. UNTUK kertas kedua, ambil acuan gambar dan lukis pada kertas berwarna merah jambu dan gunting. Lipat pada setiap penjuru kertas. 4. AMBIL kertas hitam tebal potong panjang dan lebar 9.6sm sebanyak lima keping.
 ??  ?? 7. LIPAT setiap garisan yang sudah dihasilkan. Kemudian letakkan
pelekat.
8. CANTUMKAN bahagian yang diletakkan pelekat sehingga membentuk
penutup kotak.
9. CANTUMKAN bahagian asas kotak kemudian tutup dengan penutup yang disediakan. Ia sesuai
diberikan kepada anakanak untuk sambutan hari
lahir mereka.
7. LIPAT setiap garisan yang sudah dihasilkan. Kemudian letakkan pelekat. 8. CANTUMKAN bahagian yang diletakkan pelekat sehingga membentuk penutup kotak. 9. CANTUMKAN bahagian asas kotak kemudian tutup dengan penutup yang disediakan. Ia sesuai diberikan kepada anakanak untuk sambutan hari lahir mereka.
 ??  ?? 5. LEKATKAN kertas hitam pada kertas merah jambu tadi bagi menjadikan­nya
lebih tebal.
6. UNTUK penutup kotak
pula potong kertas dengan ukuran panjang dan lebar 20.4sm. Buat garisan 2.5sm dan potong
penjuru 2.5sm tadi.
5. LEKATKAN kertas hitam pada kertas merah jambu tadi bagi menjadikan­nya lebih tebal. 6. UNTUK penutup kotak pula potong kertas dengan ukuran panjang dan lebar 20.4sm. Buat garisan 2.5sm dan potong penjuru 2.5sm tadi.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia