Harian Metro

Penalti Ke ‘Bulan’ Paling Diingati

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Bersorak kegembiraa­n pemain dan penyokong Harimau Malaya apabila penyerang Thailand, Adisak Kraisorn gagal menyempurn­akan sepakan penalti pada masa kecederaan sekali gus membantu Malaysia mara ke perlawanan akhir Piala AFF 2018.

Kegagalan Adisak akan terpahat dalam sejarah bola sepak Asia Tenggara dan ia juga menjadi lumrah kerana sebelum ini pemain terbaik dunia juga ada yang gagal melaksanak­an tugas berkenaan serta diingati sehingga ke hari ini.

Gagal menyempurn­akan sepakan penalti penting yang sangat diperlukan oleh pasukan menjadikan seseorang pemain itu bersalah seumur hidup dan itu yang terjadi buat 11 legenda bola sepak dunia termasuk kereta kebal Real Madrid, Sergio Ramos.

Pada 25 April 2012, perlawanan separuh akhir Liga JuaraJuara antara Real dan Bayern Munich diheret sehingga ke penentuan penalti, namun harapan yang diletakkan kepada Ramos selaku pemain keempat mengambil tugasan berkenaan hancur berkecai.

Sepakan penalti Ramos melepasi palang gol dan Bastian Schweinste­iger mengesahka­n kemenangan apabila menyempurn­akan tugas dengan mudah untuk membawa Bayern mara ke perlawanan akhir.

Berdepan dengan penyokong sendiri di Bernabeu, pertahanan antarabang­sa Sepanyol itu seperti hilang ketenangan dan sebelum itu lagi penjaga gol Bayern, Manuel Neuer sudah menyelamat­kan dua sepakan penalti, Cristiano Ronaldo dan Kaka.

Ini pula mimpi ngeri yang menimpa bekas penyerang antarabang­sa Perancis, David Trezeguet dalam penentuan penalti menentang Itali di perlawanan akhir Piala Dunia 2006 di Jerman.

Memang menjadi lumrah penentuan penalti apabila seorang pemain akan gagal mengambiln­ya dan ketika itu Trezeguet menjadi mangsa kekejaman berkenaan sedangkan dia adalah bintang Perancis yang tajam di depan pintu gol.

Ketika itu kesemua lima pemain Itali berjaya menyempurn­akan tugas berkenaan dan Trezeguet yang menjadi mengambil sepakan kedua Perancis menyaksika­n sepakannya menyinggah ke palang gol, sekali gus menghalang hasrat membantu negaranya menjulang trofi Piala Dunia buat kali kedua.

Pada musim 2005/06, Villareal berjaya memberikan persembaha­n menakjubka­n di Liga JuaraJuara sehingga berjaya mara ke separuh akhir namun hasrat mereka untuk ke perlawanan akhir terhalang selepas tumpas dengan Arsenal melalui agregat 01.

Perlawanan itu mampu diheret sekurangku­rangnya ke masa tambahan jika Juan Roman Riquelme berjaya menyempurn­akan sepakan penalti pada minit akhir perlawanan.

Bagaimanap­un, di hadapan penyokong sendiri sepakan Riquelme berjaya diselamatk­an penjaga gol, Jens Lehmann yang berjaya merebahkan badan ke sebelah kiri pintu gol.

Legenda Sepanyol,

Raul Gonzalez juga tidak terkecuali menjadi pemain yang gagal menyempurn­akan sepakan penalti pada saat penting dan ia berlaku ketika suku akhir Euro 2000.

Raul yang ditugaskan mengambil sepakan penalti pada minit akhir permainan gagal untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan apabila sepakannya melepa si palang gol.

Sama seperti Raul, Zico yang juga legenda Brazil tidak terkecuali dari melepaskan peluang untuk menyempurn­akan sepakan penalti apabila sepakannya berjaya diselamatk­an penjaga gol, Perancis Joel Bats.

Jika tidak Brazil tidak perlu melalui penentuan sepakan penalti dan menempah slot ke separuh akhir pada 1986 di Mexico, namun Zico yang masuk sebagai pemain gantian gagal menyudahka­n perlawanan itu lebih awal.

Pada separuh akhir Liga JuaraJuara 2011/12, Lionel Messi terlepas peluang untuk menyempurn­akan sepakan penalti untuk membantu Barcelona mara ke saingan akhir.

Ketika itu Chelsea hanya beraksi dengan 10 pemain selepas John Terry diperintah keluar padang, namun jaringan ketiga yang diharapkan dari Messi di Nou Camp tidak kesampaian apabila sepakannya terkena palang.

Tuah Chelsea berterusan sehingga ke perlawanan akhir apabila Arjen Robben pula seakan terkena badi Messi, apabila sepakan penaltinya pada masa tambahan berjaya diselamatk­an Petr Cech.

David Beckham memakai lilitin ketua pasukan ketika Euro 2004 dan dia juga menjadi pemain pertama mengambil sepakan penalti ketika suku akhir menentang tuan rumah, Portugal.

Sepakan yang diambilnya melambung tinggi dan Portugal berjaya mara ke separuh akhir dengan kemenangan penentuan penalti 65.

Andriy Shevchenko adalah salah seorang penyerang terbaik dunia, namun ketika dia diharapkan mampu untuk menyempurn­akan sepakan penalti terakhir bagi membantu AC Milan muncul juara Liga JuaraJuara 2004/05, ia tidak menjadi kenyataan.

Penjaga gol Liverpool, Jerzy Dudek dilihat sudah bersedia untuk menyelemat­kan sepakan penalti pemain kelahiran Ukraine itu sekali gus mencipta sejarah tersendiri buat Liverpool yang sebelum itu ketinggala­n 03 pada awal permainan.

Antara sejarah ataupun detik yang tidak dapat dilupakan Terry ialah kegagalann­ya menyempurn­akan sepakan penalti pada perlawanan akhir Liga JuaraJuara 2007/08.

Sebagai ketua pasukan ia bukan aksi yang diinginkan oleh Terry apabila sepakan yang diambilnya gagal menerjah jaring, ini disebabkan dia tergelinci­r ketika ingin menyepak bola disebabkan padang basah di Moscow.

Bola berkenaan terkena tiang dan terus keluar, tatkala penjaga gol Edwin Van Der Sar sudah merebahkan badan ke arah yang bertentang­an.

Akhir sekali sepakan penalti yang gagal disempurna­kan dan diingati sehingga sekarang ialah membabitka­n penyerang Itali, Roberto Baggio pada perlawanan akhir Piala Dunia 1994.

Baggio yang ketika itu terkenal dengan gaya rambut ekor kuda, menyepak tinggi bola sekali gus memberikan kejuaraan Piala Dunia buat Brazil.

 ??  ?? SEPAKAN penalti Baggio melambung tinggi ketika perlawanan akhir Piala Dunia 1994.
SEPAKAN penalti Baggio melambung tinggi ketika perlawanan akhir Piala Dunia 1994.
 ??  ?? PENYERANG terbaik dunia Shevchenko juga pernah gagal sepakan penalti.
PENYERANG terbaik dunia Shevchenko juga pernah gagal sepakan penalti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia