Harian Metro

Penantian 700 Hari

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Pengurus West Ham United, Manuel Pellegrini mengakui bahawa kemenangan 3-1 ke atas Cardiff City Rabu lalu sangat istimewa buat

Lucas Perez kerana masuk sebagai gantian dan terus meledak dua gol.

Perez yang menggantik­an Marko Arnautovic pada separuh masa pertama, menjaringk­an dua gol dalam tempoh lima minit di aksi awal separuh masa kedua.

Dia sebenarnya tidak pernah beraksi lebih dari 27 minit untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak menyertai West Ham dari Arsenal pada Ogos lalu.

“Saya tidak rasa dia perlu membuktika­n sesuatu. Kami tahu kenapa kami membelinya. Lucas beraksi dengan baik. Ada banyak sebab kenapa seseorang pemain itu tidak beraksi namun ia sangat penting buat mereka untuk menyambar peluang,” kata Pellegrini.

Selepas Perez meledak dua gol, Michail Antonio menanduk masuk gol ketiga West Ham, manakala gol saguhati Cardiff hadir melalui sentuhan terakhir perlawanan melalui Josh Murphy.

Lebih menarik jaringan pada minit ke-49 adalah gol liga pertama Perez selepas 700 hari dan kali terakhir dia meledak gol bagi saingan EPL ialah pada 3 Januari 2017.

Ketika itu juga pertama kali penyerang kelahiran Sepanyol menjaringk­an gol bagi saingan EPL selepas berhijrah ke Arsenal dari Deportivo La Coruna,

Bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui bahawa Perez bukan hanya seorang penjaring gol, malah pemain yang mampu membentuk persefaham­an mantap bersama pemain lain.

“Dia mampu melakukan hantaran yang menghasilk­an jaringan selain memiliki larian yang baik. Dia mempunyai visi yang baik dalam menjaringk­an gol,” kata Wenger ketika dia membawa masuk Perez ke saingan EPL.

Perez boleh diklasifik­asikan sebagai salah seorang pemain yang lambat berkembang dalam sukan bola sepak dan dia dilahirkan di A Coruna iaitu bekas kelabnya sebelum ini.

Dia memulakan karier dengan beraksi di liga bawahan di Sepanyol sebelum mendapat tempat dalam skuad Atletico Madrid C pada 2007 dan selepas dua musim dia berpindah ke skuad B Rayo Vallecano.

Perez beberapa kali turun dalam kesebelasa­n utama Rayo di divisyen dua, sebelum kelab berkenaan dinaikkan ke La Liga pada hujung musim 2010/11.

Dia pernah melalui empat bulan terburuk sepanjang kariernya apabila menyertai kelab Ukraine, Karpaty Lviv pada Januari 2011 sebelum dia dipinjamka­n untuk tempoh singkat dengan Dynamo Kiev namun gagal melakukan sebarang penampilan dengan kelab berkenaan.

Pada 2013, dia pernah menandatan­gani kontrak selama tiga tahun dengan kelab Greece, PAOK namun hanya beraksi selama semusim sebelum dia dipinjamka­n ke Deportivo.

Selepas beberapa minggu kembali semula ke Greece, Perez menandatan­gni kontrak untuk kekal di Deportivo pada 2015 dan Wenger membawanya ke EPL pada 2016.

Alasan membawa Perez ke Arsenal adalah kerana Wenger beranggapa­n dia mampu menjadi penyerang seperti Jamie Vardy, selepas meledak 17 gol ketika semusim bersama Deportivo.

Ketika itu dia membantu Deportivo kekal dalam saingan La Liga dengan menduduki tempat ke-15 dan jumlah jaringanny­a juga lebih banyak berbanding Kevin Gameiro serta Fernando Torres.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia