Harian Metro

2,000 Kali Berturut-Turut Ke Stadium

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kali terakhir Derek Elston tidak ke stadium untuk menyaksika­n pasukan kesayangan­nya, Swindon Town beraksi ialah pada 5 Disember 1981 dan sejak dari itu dia tidak pernah terlepas satu perlawanan sekali pun sehingga ke hari ini.

Sepanjang tempoh berkenaan pelbagai suka-duka dilalui

Elston termasuk pernah mengunjung­i Stadium Wembley sebanyak enam kali, melihat pasukannya dinaikkan ke liga baru enam kali dan juga pernah menyaksika­n Swindon Town tersingkir ke liga bawahan sebanyak tujuh kali.

Dia juga pernah menangguhk­an pembedahan lutut dan menggunaka­n pengangkut­an air bagi memastikan dia tidak terlepas untuk ke stadium.

Permulaan cemerlang Elston hadir ke stadium ini bermula ketika menyaksika­n perlawanan pusingan kedua Piala FA ketika Swindon Town mengalahka­n Sutton dan perlawanan kali ke-2,000 ialah Ahad lalu di pusingan dan kejohanan yang sama, bezanya kali ini pasukan Liga Dua itu tumpas kepada lawan dari divisyen enam, Woking.

Apa yang menarik mengenai Elston ialah dia sebenarnya tidak pernah tinggal di Swindon atau kawasan berdekatan, sebaliknya dia membesar di Watford dan barubaru ini berpindah ke Northampto­n.

“Ibu bapa saya mempunyai kawan yang tinggal di Chiseldon, berdekatan dengan Swindon. Saya pula sentiasa mempunyai minat mendalam terhadap keretapi dan Swindon adalah lokasi terletakny­a depoh Great Western Railway, jadi saya memilih pasukan Swindon Town.

“Kali pertama saya menyaksika­n perlawanan Swindon Town ialah pada 1967 dan ketika itu pendapatan saya ialah

4.50 pound seminggu. Bagaimanap­un, perlawanan ketika itu tidak banyak dan jarang-jarang diadakan,” katanya.

Elston yang juga pesara juruelektr­ik dan sekarang ini berusia 68 tahun, diraikan dengan kemeja-T tertera angka 2,000 dan kek.

Bagaimanap­un, dia pernah mengakui bahawa dalam perjalanan untuk mencipta rekod dia hampir gagal melakukann­ya iaitu tiga tahun selepas dia bermulamen­onton perlawanan Swindon

Town.

“Pada 1984 kami tersingkir di hari terakhir musim ketika menentang Newport. Saya berasa sangat kecewa dan sepatah pun tidak bercakap dengan rakan saya ketika kami pulang ke rumah.

“Apabila tiba di rumah, dia berkata kepada saya 'jumpa lagi musim depan' dan saya membalas 'saya tidak akan pergi musim depan' tapi sebenarnya sudah tentu saya turun ke stadium,” kata Elston.

Antara kenangan paling diingati Elston ialah berkunjung ke Ascoli dan Venezia dalam perlawanan Piala Anglo-Itali.

Dia juga berpeluang menyaksika­n perlawanan membabitka­n Glenn

Hoddle yang menjadi pengurus merangkap pemain dan kesetiaann­ya

Saya tidak pernah merancang untuk melakukan semua ini, ia terus berlaku. Saya hanya melakukan apa yang saya suka, menyaksika­n perlawanan setiap Sabtu dan Selasa. Apa yang penting saya masih lagi sihat dan gembira melakukan perkara ini

terbalas apabila Swindon Town pernah berjaya melayakkan diri beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) selama semusim.

Selain itu, Elston juga mempunyai beberapa pengalaman menarik yang lain termasuk mengumpul pin butang sebanyak

7,000 dan menyaksika­n perlawanan di tempat sendiri serta gelanggang lawan membabitka­n empat divisyen teratas di England.

“Saya tidak pernah merancang untuk melakukan semua ini, ia terus berlaku. Saya hanya melakukan apa yang saya suka, menyaksika­n perlawanan setiap Sabtu dan Selasa.

“Apa yang penting saya masih lagi sihat dan gembira melakukan perkara ini,” kata Elston.

 ??  ?? ELSTON layak menerima penghormat­an dari kelab Swindon Town.
ELSTON layak menerima penghormat­an dari kelab Swindon Town.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia