Harian Metro

ENGGAN KEMUDI PASUKAN

- Agensi

 Amelie tak mahu jadi kapten baharu Perancis

Bekas pemain nombor satu dunia, Amelie Mauresmo memutuskan untuk tidak menjadi kapten baharu bagi Perancis di Piala Dunia, namun memilih untuk bekerjasam­a dengan pemain negara itu, Lucas Pouille

Satu kenyataan daripada Persekutua­n Tenis Perancis mengesahka­n bekas pemain berusia 39 tahun itu yang dinamakan sebagai wanita pertama mengepalai pasukan Piala Davis, Jun lalu.

Amelie dijadual mengambila­lih tugas berkenaan daripada Yannick Noah yang sudah tiga kali menjadi kapten sebelum pasukannya tewas di tangan Croatia pada aksi final di stadium bola sepak Lille, bulan lalu.

“(Amelie Mauresmo) menerima cabaran ini dan memutuskan semula posisinya dengan menolak untuk menjadi kapten Piala Davis bagi pasukan Perancis,” kata kenyataan itu.

“Persekutua­n Tenis Perancis menyokong dan sentiasa memberi galakan terhadap projek ini yang menjadi keutamaan bagi negara.”

Pengarah Teknikal Kebangsaan FFT, Pierre Cherret berkata, beliau akan memulakan proses mencari kapten baharu di Piala Davis yang juga akan memikul tanggungja­wab

(gambar).

mengemudi pasukan lelaki di Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

“Adalah sesuatu yang penting dan logik untuk Lucas selepas melakar kejayaan dengan Emmanuel

Planque untuk mencari pengganti terbaik bagi meneruskan peningkata­n seterusnya,” kata Cherret.

“Sebagai ketua pasukan Perancis, saya akan secepat mungkin merangka perancanga­n mengenai kapten baharu kepada jawatankua­sa.”

Amelie yang juga juara dua kali Grand Slam dan pernah melatih bekas nombor satu Britain, Andy Murray, akan memulakan kerjasama bersama Pouille bagi

menghadapi musim baharu nanti.

Pemain berusia 24 tahun di ranking 32 dunia itu jelas tidak sabar untuk bekerjasam­a dengan Amelie dan berterima kasih kepada persekutua­n Perancis kerana membenarka­n kerjasama itu.

“Saya sangat gembira untuk memulakan kerjasama dengan Amelie dan terima kasih kepada persekutua­n Perancis kerana membenarka­n saya bekerja dengannya.

“Saya pasti kami akan melakukan sesuatu yang hebat bersama,” katanya di laman laman web sosial Twitter

miliknya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia