Harian Metro

HARAP TUAH CHELSEA

- AFP

 Klopp mohon The Blues sekat rentak City selaku pendahulu liga

London

Jurgen Klopp mengharapk­an Chelsea dapat memperlaha­nkan rentak pendahulu Manchester City hujung minggu ini bagi menyalakan harapannya dalam Liga Perdana Inggeris, tatkala Liverpool dijadual bertemu Napoli dalam saingan Liga Juara-Juara, minggu depan.

Liverpool masih mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam pemburuan gelaran - meledak jaringan pada masa tambahan ketika menentang Everton minggu lalu dan bangkit daripada ketinggala­n satu gol untuk menewaskan Burnley untuk berada dua mata di belakang City.

Daripada sudut lain, tumpuan pastinya terarah ke Old Trafford apabila Manchester United dijadual bertemu pasukan tercorot liga ketika ini, Fulham.

Tottenham yang masih belum meraih sebarang keputusan seri dalam musim Liga Perdana musim ini dijadual berkunjung ke laman Leicester. Arsenal pula beraksi menentang Huddersfie­ld.

Pertahanan

Chelsea, Marcos Alonso berkata: “Sekiranya kami tewas, kami akan ketinggala­n 13 mata di belakang pendahulu dan ia satu jumlah yang besar tetapi kita perlu memikirkan untuk bersedia bagi menghadapi perlawanan dan tidak terlalu memikirkan kedudukan ketika ini,” katanya.

“Ia adalah satu peluang untuk bangkit semula.”

Jose Mourinho dilihat terdesak untuk mencari jalan penyelesai­an terbaik di Old Trafford tetapi ia hanya berkisar kepada pertukaran pemain.

Manchester United

 ??  ?? ALONSO TOTTENHAM dijadual bertandang ke Leicester. KLOPP harap Chelsea menang ke atas City.
ALONSO TOTTENHAM dijadual bertandang ke Leicester. KLOPP harap Chelsea menang ke atas City.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia