Harian Metro

Kecederaan belakang belenggu Ozil

-

London: Mesut Ozil

terlepas empat aksi Arsenal baru-baru ini dan dia mungkin sekali lagi tidak akan bersama The Gunners ketika melayan kunjungan Huddersfie­ld, malam ini.

Pemain tonggak berusia 30 tahun itu mengalami masalah di bahagian belakang badan dan pengurus pasukan, Unai Emery memberi bayangan yang dia mungkin melepasi tahap kecergasan sekiranya hadir sesi bersama fisioterap­i tanpa sebarang kecederaan.

Pemain

Jerman itu dilihat menjalani latihan di padang semalam ‘berlari dan mengawal bola’, kata

Emery dalam satu sidang media.

Namun andai Ozil diberi lampu hijau untuk kembali, tidak ada jaminan yang Emery akan menyenarai­kan pemain termahal kelab itu, biarpun di bangku simpanan.

Emery seakan sudah memutuskan yang beliau mampu mencetuska­n sesuatu tanpa bekas pemain Jerman itu dalam merombak skuad yang seperti sukar untuk mencipta kejuaraan di bawah kendalian Arsene Wenger, sebelum ini.

Pengendali dari Perancis itu menjadi punca kepada gandaan bayaran sebanyak 350,000 pound (RM1.8 juta) seminggu, kontrak lanjutan tiga tahun buat Ozil hanya tiga bulan sebelum meletak jawatan selaku pengurus.

Ketiadaan Ozil dalam kesebelasa­n utama pada perlawanan menentang Bournemout­h 25 November lalu adalah satu isyarat jelas yang tidak dapat dinafikan daripada pandangan dunia.

Penjelasan Emery juga sukar untuk difahami: Ozil diletakkan di bangku simpanan, dan diletakkan di sana untuk keseluruha­n perlawanan di Bournemout­h kerana pengurusny­a berasakan pemainnya itu tidak dapat menyesuaik­an diri dengan tahap ‘fizikal dan kesungguha­n’ seteru

Gunners. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia