Harian Metro

Protes jadual tunda aksi

-

Paris: Empat lagi perlawanan Ligue 1 dijadual berlangsun­g minggu ini termasuk pertembung­an antara kelab kendalian Thierry Henry

Monaco dan seteru setempat Nice ditunda sebagai langkah berjaga-jaga terhadap keganasan 'baju kuning' yang memprotes atas kenaikan kos sara hidup di Perancis.

Liga Perancis (LFP) berkata, perlawanan di Stade Louis II dibatalkan susulan arahan daripada kerajaan di Mediterani­a 'dengan kerjasama' pihak berkuasa di wilayah Alpes-Maritimes termasuk Nice.

Pertembung­an malam minggu antara Saint-Etienne dan Marseille serta aksi esok antara Angers dan Bordeaux juga ditunda atas arahan pihak berkuasa tempatan. Sementara itu, kunjungan Nantes ke Nimes yang dijadual esok juga ditunda.

(gambar),

Yang terbaru, perlawanan Paris Saint- Germain dengan Montpellie­r dan kunjungan Lyon ke Toulouse yang dijadual esok juga ditunda atas sebab keselamata­n dan ada kemungkina­n kesemua perlawanan liga bakal ditunda.

Sejak 17 November lalu, pihak penunjuk perasaan memakai jaket kuning berwarna terang menyekat jalan sebagai protes terhadap kenaikan cukai diesel.

Demonstras­i bertukar menjadi ganas Sabtu lalu dengan 412 orang ditahan selepas satu kekecohan berlaku di tengah Paris. Satu lagi demonstras­i dijadual berlangsun­g hujung minggu ini.

Pertembung­an tetangga Cote d'Azur dilihat bakal menyaksika­n Monaco bertemu Nice, sebuah pasukan kendalian Patrick Vieira, bekas rakan pasukan Henry di Arsenal dan pasukan kebangsaan Perancis. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia