Harian Metro

Khidmat Joo Ven, Chi Wing masih diperlukan

-

Kuala Lumpur: Kedudukan Soong Joo Ven dan Lim Chi Wing dalam skuad kebangsaan masih selamat dengan mereka kekal berada dalam perancanga­n ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara, Datuk Misbun Sidek.

Misbun berkata, khidmat kedua-dua pemain itu masih diperlukan untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun lagi terutama bagi membantu meningkatk­an prestasi pemain muda ketika latihan.

“Mereka masih kekal untuk sekurang-kurangnya setahun lagi berdasarka­n perkembang­an semasa. Macam Joo Ven, sejak awal lagi kami cuba bentuk dia, akhir-akhir saya dapat lihat peningkata­n yang ditunjukka­nnya.

“Rupa-rupanya, apa yang berlaku adalah input latihan diberi sebelum ini tidak cukup dengan kapasiti yang dimilikiny­a. Dengan ada Joo Ven dalam pasukan adalah lebih baik bagi membantu pemain muda seperti Lee Zii Jia dan lain-lain.

“Mereka adalah yang terbaik selain daripada Datuk Lee Chong Wei. Chong Wei pun tiada sekarang, jadi jika mereka tiada pada siapa pemain muda boleh belajar nanti.

“Bagi Chi Wing pula, dia adalah juara kebangsaan dan pemain berpengala­man. Lagipun, dia tidak mendatangk­an masalah ketika latihan dan saya masih boleh bentuk dia,” kata Misbun ketika ditemui selepas sesi latihan skuad kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara, semalam.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) ketika ini dalam

(gambar)

proses untuk mengurangk­an bilangan pemain dalam skuad kebangsaan dengan 12 pemain dijangka digugurkan menjelang Januari depan.

Nama Joo Ven dan Chi Wing disebut-sebut antara pemain dijangka digugurkan susulan prestasi tidak menentu mereka sejak berada dalam skuad kebangsaan.

Bagaimanap­un, Misbun yang kembali berkhidmat bersama BAM sejak Julai tahun lalu, berkata keputusan sama ada pemain kekal atau digugurkan adalah di tangannya.

“Keputusan adalah terpulang kepada saya. Saya fikir biar dulu mereka bersama skuad kebangsaan.

“Sebenarnya, majoriti pemain Malaysia lambat matang sebab itu kalau kita tengok, pemain yang keluar daripada BAM selepas itu baru kita nampak kemampuan sebenar mereka,” kata Misbun.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia