Harian Metro

CATUR STRATEGI TERBAIK J

- Jugjet Singh jugjet@nst.com.my

urulatih Malaysia, Roelant Oltmans masih memikirkan strategi terbaik untuk menentang Jerman esok apabila anak buahnya perlu sekurang-kurangnya seri untuk terus kekal dalam saingan Piala Dunia.

Selepas dibelasah 0-7 kepada Belanda dan seri 1-1 dengan Pakistan, Malaysia perlu mengalahka­n atau mengikat Jerman untuk layak ke pusingan play-off.

Jika Malaysia berjaya mencatat keputusan seri dengan Jerman, Oltmans dan anak buahnya perlu berdoa agar Belanda dapat menewaskan Pakistan dalam perlawanan seterusnya.

“Jika kami menyerang, bahagian pertahanan kami terdedah. Dan jika kami bertahan, peluang Jerman menjaringk­an gol agak sukar.

“Jadi ia hanya akan ditentukan pada perlawanan itu bila kami perlu menyerang dan bila akan bertahan.

“Setakat apa yang kami tahu, sasaran kami tidak berubah dan kami masih mahu layak ke pusingan seterusnya. Itu bermakna kami perlu mengalahka­n atau mencatat keputusan seri dengan Jerman,” kata Oltmans selepas sesi latihan di Stadium Kalinga, semalam.

Pada sesi latihan itu, pemain menjalani latihan mengikut cara bagaimana Jerman bermain.

“Latihan ini spesifik mengikut permainan Jerman. Dan sesi latihan ini berjaya dan diharap pemain menterjema­hkan dalam perlawanan sebenar,” kata Oltmans.

Jerman berjaya meraih kemenangan selesa 4-1 ke atas Belanda dan ini pastinya mengundang masalah kepada Malaysia.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini saingan Kumpulan D bukan mudah malah ia paling sukar dalam kempen Piala Dunia ini. Jadi pasti akan ada kejutan berlaku dan kami perlu bekerja keras untuk mengatasi Jerman,” kata Oltmans.

Persembaha­n hebat Jerman membolehka­n mereka mengumpul enam mata, tiga mata mengatasi pasukan di tangga kedua Belanda dan kini menjadi pasukan pilihan untuk muncul juara sekali gus meraih tiket ke suku akhir.

Keputusan seri atau menang buat Jerman ke atas Malaysia pada perlawanan terakhir kumpulan Ahad ini akan membolehka­n mereka merebut tempat pertama di depan Oranje.

“Ia gila untuk menang 4-1 dengan Belanda, kami tidak menjangkak­an perkara itu,” kata pemain Jerman Mats Grambusch.

 Oltmans congak taktikal hadapi Jerman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia