Harian Metro

Malaysia, Vietnam layak berentap di pentas final Piala AFF 2018

-

harus memberi pujian kepada kedua-dua pasukan yang terbaik di Asia Tenggara, Malaysia serta Vietnam yang akan bersaing untuk menentukan juara Piala AFF 2018.

Kedua-duanya layak secara merit dan tidak siapa boleh menafikan bahawa Thailand serta Filipina sudah mencuba sedaya upaya tetapi Malaysia dan Vietnam lebih kental.

Penampilan Malaysia serta Vietnam adalah wajar.

Di dalam kejohanan ini, kita tidak dapat lihat yang luar biasa daripada mana-mana individu atau pasukan. Kita tidak dapat melihat kelahiran seorang bintang baru walaupun beberapa individu berjaya mengekalka­n tahap masing-masing.

Seperti biasa, saya senaraikan ‘pasukan impian’ sepanjang Piala AFF 2018.

Penjaga gol pilihan adalah Dang Van Lam yang begitu konsisten serta tenang di gawang Vietnam. Dia memiliki prinsip sebagai seorang penjaga gol yang baik serta mempunyai keyakinan diri untuk merancang serang balas dengan hantaran kemas.

Beberapa pasukan beraksi dengan tiga pemain pertahanan tengah dan saya pilih Safuwan Baharuddin sebagai bek tengah kerana dia sudah membuktika­n kebolehann­ya selaku antara pemain terbaik di Asia Tenggara.

Kemampuann­ya melakukan penyudah menjadi senjata tambahan bagi Singapura.

Di bahagian bek kiri, ketua pasukan Vietnam, Que Ngoc Hai begitu kental serta tenang menghadapi cabaran penyerang yang pantas mahupun agresif. Di posisi pertahanan tengah saya memilih seorang lagi pemain Vietnam, Tran Dinh Trong yang jauh lebih matang sebagai ‘sweeper’ kalau diambil kira umurnya iaitu 21 tahun.

Mungkin pemain yang agak “stand out” adalah Syahmi Safari yang menjadi pilihan sebagai bek sayap kanan di dalam formasi pilihan 3-4-3 ini.

Pemain bertenaga ini jelas mempunyai potensi untuk beraksi di tahap lebih tinggi di luar Asia Tenggara. Rakan di bahagian bek sayap kiri pula menjadi milik Martin Steuble dari Filipina. Dia membawa satu intensiti serta semangat tinggi dan jarang hilang bola.

Dua pemain di bahagian tengah diisi Akram Mahinan dan Stephen Schrock. Sebagai “defensive midfielder”, tugas utama mereka adalah memberi keyakinan kepada pemain pertahanan dan kemudianny­a menghambat bola apabila pasukan hilang penguasaan.

Akram adalah tonggak pasukan, manakala pemain Filipina, Schrock pula mampu menjadi perancang terbaik pasukan.

Di bahagian serangan pula, saya pilih Norshahrul Idlan Talaha yang begitu berbisa di dalam kotak penalti.

Seorang lagi ialah pemain berpengala­man Vietnam, Nguyen Anh Duc dibantu Nguyen Quang Hai.

Bagi saya, Quang Hai adalah pemain terbaik di Piala AFF 2018 apatah lagi dengan kebolehann­ya sebagai ‘playmaker’.

 ??  ?? SKUAD Harimau Malaya meraikan kemenangan ke atas Thailand selepas wisel penamat ditiup.
SKUAD Harimau Malaya meraikan kemenangan ke atas Thailand selepas wisel penamat ditiup.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia