Harian Metro

Harapan Perdana Menteri buat Harimau Malaya

-

Putrajaya: “Jangan kecewakan saya dan negara kita,” kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menyaksika­n perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Bukit Jalil, membabitka­n Malaysia menentang Vietnam pada 11 Disember ini.

Dalam pertemuan untuk menyuntik semangat skuad Harimau Malaya di Perdana Putra semalam, Dr Mahathir berkata, melalui kemenangan, kebolehan negara dapat dibanggaka­n.

“Kita nak cari kemenangan kerana kita nak berbangga dengan kebolehan negara kita.

“Sebagai rakyat Malaysia,

(gambar)

kita bertanggun­gjawab mempertaha­nkan maruah dan kehormatan negara,” katanya yang berharap skuad Harimau Malaya akan lakukan yang terbaik untuk mendapat kemenangan.

Pada pertemuan yang dihadiri Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, dan kapten, Zaquan Adha Abd Razak itu, Hamidin juga menyampaik­an jersi nombor 7 kepada Dr Mahathir.

Malaysia akan bertemu Vietnam pada pentas akhir Piala AFF yang akan menggunaka­n format timbal balik, dengan skuad negara bakal melayan kunjungan Vietnam pada 11 Disember, sebelum aksi kedua di Hanoi, pada 15 Disember.

Dr Mahathir dalam pertemuan itu turut berpesan agar pemain berdisipli­n khususnya menjaga masa rehat dan berlatih bersungguh-sungguh dan semangat untuk mendapat kemenangan.

“Saya harap anda bekerja keras dan banyakkan berlatih. Hidup, tidur dan fikir hanya bola dan menang untuk Malaysia,” katanya.

Dr Mahathir turut menyatakan hasratnya untuk melihat pasukan Malaysia melayakkan diri ke saingan Piala Dunia.

“Bola sepak adalah satu sukan yang dahulunya Malaysia kuat dan kerap menang. Sekarang, kita ketinggala­n,” katanya.

Beliau berkata, negara Jepun telah mencapai kejayaan yang cukup pantas dan amat baik sedangkan dulu mereka berada di belakang Malaysia dalam sukan bola sepak.

“Disebabkan mereka berlatih bersungguh-sungguh, Jepun telah maju dalam bola sepak sehingga dapat beraksi di Piala Dunia. Jadi, saya nak lihat pasukan Malaysia akan beraksi dalam Piala Dunia satu hari nanti,” katanya. - BERNAMA

 ??  ?? DR Mahathir menerima jersi negara daripada Hamidin (kiri) pada majlis perjumpaan skuad kebangsaan bersama Perdana Menteri, semalam.
DR Mahathir menerima jersi negara daripada Hamidin (kiri) pada majlis perjumpaan skuad kebangsaan bersama Perdana Menteri, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia