Harian Metro

NAGA EMAS TAK ANGKUH J

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

Kuala Lumpur

urulatih Vietnam, Park Hang-seo menyuaraka­n kebimbanga­nnya dengan kebangkita­n Harimau Malaya menjelang pertembung­an final Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

Meskipun diletakkan sebagai pasukan pilihan pada kejohanan kali ini serta berjaya menewaskan Malaysia 2-0 pada saingan peringkat Kumpulan A di Hanoi, beliau tidak mahu anak buahnya memandang mudah kemampuan Harimau Malaya.

“Walaupun kami berjaya mengalahka­n Malaysia di peringkat kumpulan, mereka membuktika­n bahawa mereka memiliki beberapa penyerang bahaya. Kami perlu membuat persiapan dengan rapi. Semua pemain kena kekal fokus,” katanya dalam sidang media selepas aksi separuh akhir kedua di Hanoi, kelmarin.

Hang-seo menyaksika­n anak buahnya melangkah ke final buat kali pertama selepas muncul juara 2008 dengan menyingkir­kan Filipina menerusi agregat 4-2.

Prestasi skuad Naga Emas itu bukan sesuatu yang mengejutka­n selepas mereka layak ke pusingan akhir Piala Asia 2019 Januari depan selain skuad bawah 23 tahun (B-23) yang turut dibimbing Hang-seo mara ke final Kejohanan AFC sebelum tewas kepada Uzbekistan

1-2 awal tahun ini.

Malah, prestasi konsisten membolehka­n Vietnam kini melonjak ke tangga 100 dunia berbanding Malaysia, 167.

Menurut Hang-seo, kejayaan melangkah ke final ini adalah hadiah buat pemain dan penyokong

Naga Emas.

“Selepas 10 tahun, kami akhirnya berjaya beraksi di final Piala

AFF sekali lagi. Ini adalah hadiah buat penyokong yang memberikan sokongan padu

 Vietnam tetap waspada ancaman penyerang negara

selama ini.

“Dan kepada pemain, saya mengucapka­n terima kasih kepada mereka. Mereka sudah memberikan aksi terbaik menentang Filipina dalam perlawanan malam ini (semalam),” kata pengendali dari Korea Selatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia