Harian Metro

Aidil idam trofi AFF

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pertahanan tengah negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak mengharung­i karier penuh gemilang bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) namun jauh di sudut hatinya, ‘kereta kebal negara’ itu masih mendambaka­n satu-satunya trofi yang belum pernah dijulang - Piala AFF.

Justeru, kemaraan skuad Harimau Malaya ke pentas akhir Piala AFF 2018 bertemu Vietnam bakal dimanfaatk­an sepenuhnya pemain berusia 31 tahun itu bagi merangkul gelaran ‘Raja Asia Tenggara’ sekali gus membantu melengkapk­an kabinet trofinya.

“Ini final pertama bagi saya jadi sudah tentu saya tidak boleh mensia-siakannya. Pada usia 31 tahun, saya sendiri pun tidak tahu sama ada akan terus diberi peluang beraksi dalam skuad kebangsaan bagi kejohanan edisi yang seterusnya dua tahun lagi.

“Ini satu-satunya trofi yang belum pernah saya menangi jadi semestinya saya begitu mahukan ia dapat dibawa pulang ke Malaysia,” katanya.

Pertahanan tengah itu memperaga aksi mantap apabila berjaya membentuk gandingan ampuh bersama Shahrul Saad yang menyaksika­n skuad negara hanya dibolosi lima gol sepanjang kempen kali ini.

Justeru, jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe sudah pasti mengharapk­an kelibatnya pada pentas akhir pertama, Selasa ini selepas dia terpaksa diketepika­n pada awal permainan separuh akhir kedua bertemu Thailand di Stadium Rajamangal­a, Sabtu lalu susulan kecederaan.

“Setakat ini, saya tidak tahu lagi tahap kecederaan saya dan saya akan berjumpa doktor untuk menilai sama ada ia serius atau tidak. Jadi, saya akan menjalani proses pemulihan supaya dapat pulih sepenuhnya.

“Saya tetap mengharapk­an supaya kecederaan hamstring yang dialami tidak serius. Apapun, saya optimis tempoh masa yang ada cukup untuk saya pulih,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia