Harian Metro

PENGGANAS ‘TAWAN’ LTAK

-

mereka tidak dipenuhi.

Lebih mencemaska­n apabila pengganas membunuh dua tebusan lelaki yang cuba melarikan diri.

Bagaimanap­un, ia bukan perkara sebenar, sebaliknya sebahagian daripada babak insiden krisis kecemasan pada Eksesais Rampas LTAK 2018 di bawah koordinasi Malaysia Airports Berhad (MAB) dengan kerjasama Majlis Keselamata­n Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, program latihan berskala besar itu yang pertama seumpamany­a diadakan di lapangan terbang berkenaan, khusus membabitka­n gerakan bersepadu pelbagai agensi, termasuk pasukan keselamata­n bagi mendepani sebarang bentuk kes kecemasan.

“Ini termasuk serangan pengganas yang kini menjadi ancaman global, selain mensasarka­n lokasi strategik seperti lapangan terbang.

“Justeru, penting untuk eksesais seperti ini diadakan bagi menguji tahap kesiapsiag­aan kita dalam berdepan sebarang bentuk situasi krisis.

“Ia bertumpu kepada koordinasi penyaluran maklumat dan bantuan, ujian tahap kecekapan maklum balas dan tindak balas sejurus krisis berlaku, dengan tahap keselamata­n orang ramai sentiasa diberi keutamaan,” katanya kepada NSTP sejurus berakhir latihan berkenaan.

Selain serangan pengganas dan kes tebusan, eksesais yang berlangsun­g lima jam itu turut bertumpu kepada strategi pengendali­an insiden kekacauan membabitka­n rusuhan, sekali gus menguji tahap kecekapan Unit Pencegah Rusuhan Awam (PORU) dan Tiger Platoon Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam mengawal keadaan.

Sementara itu, Pengurus Kanan LTAK Ir Jun Iskandar Murshidi berkata, simulasi kecemasan berkenaan diadakan bertujuan memastikan aspek kawalan keselamata­n di lapangan terbang berada pada tahap persediaan tertinggi untuk berdepan sebarang bentuk kes kecemasan.

“Eksesais Rampas LTAK 2018 yang bermula jam 9 pagi itu berjalan dengan lancar tanpa menjejaska­n operasi keseluruha­n lapangan terbang, termasuk jadual penerbanga­n,” katanya.

 ??  ?? Eksesais bagi menguji tahap kesiapsiag­aan berdepan sebarang
situasi krisis
Eksesais bagi menguji tahap kesiapsiag­aan berdepan sebarang situasi krisis
 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA bomba membuka pintu Proton Saga BLM yang terkunci dari
dalam di Kampung Gersik.
ANGGOTA bomba membuka pintu Proton Saga BLM yang terkunci dari dalam di Kampung Gersik.
 ??  ?? BABAK insiden krisis kecemasan dalam Eksesais Rampas LTAK 2018 di bawah koordinasi MAB dengan kerjasama MKN, NADMA, PDRM, Bomba Sarawak, APM dan ATM.
BABAK insiden krisis kecemasan dalam Eksesais Rampas LTAK 2018 di bawah koordinasi MAB dengan kerjasama MKN, NADMA, PDRM, Bomba Sarawak, APM dan ATM.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia